CLOSE
CLOSE AD

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

  • 17 Sep 2019
Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah

Malang tidak berbau apabila aktor Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan motosikal ketika bersiar-siar di kawasan bukit di Kargil selepas menjalani penggambaran filem "Shershaah" pada Sabtu.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, ketika kejadian, rakan aktornya, Shiv Pandit, hilang imbangan dan terjatuh dari motosikalnya menyebabkan Sidharth yang menunggang di belakang tergelincir selepas terpaksa brek mengejut.

Kemalangan itu telah menyebabkan Sidharth dan Shiv mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan. Satu sumber memberitahu mereka bernasib baik kerana memakai topi keledar dan alatan keselamatan.

Kedua-dua aktor tersebut kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan dan Sidharth kembali ke set untuk menjalani penggambaran babak penting pada Ahad.

"Seramai 150 orang kru telah pun siap membina set dan bersedia untuk memfilemkan babak penting buatnya. Dia akan berehat pada Isnin dan kembali semula pada Selasa dan beberapa hari berikutnya sebelum jadual penggambaran berakhir," tambah sumber itu lagi.

Dalam pada itu, Sidharth mendedahkan walaupun perlu mengambil masa selama seminggu untuk pulih, namun jadual penggambaran yang padat menyebabkan dia tidak berpeluang untuk berehat lama.

"Kemalangan seperti ini sering berlaku dan ia mengganggu jadual kami. Saya berharap kecederaan saya akan kembali pulih seperti sediakala," ujar Sidharth.

Tambahnya lagi, dia berdepan cabaran baru untuk mejalani penggambaran di kawasan berbukit di Kargil dan kru produksi telah melakukan sehabis baik untuk menjaga keselamatan dan keselesaan semua pihak.

Filem "Shershaah" adalah sebuah biopik arahan Vishnuvardhan mengenai Kapten Vikram Batra, seorang tentera India, yang bertempur dalam Perang Kargil 1999. Ia akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Elle India)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Aditya-Roy-Kapoor-Teruskan-Penggambaran-Sadak-2-Semasa-Deepavali Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Aditya Roy Kapoor Teruskan Penggambaran "Sadak 2" Semasa Deepavali

Aktor itu bakal berangkat ke Ooty bersama aktres gandingannya Alia Bhatt.

Pengarah-Pati-Patni-Aur-Woh-Jelaskan-Remake-berbeza-Dari-Filem-Asal Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Pengarah "Pati Patni Aur Woh" Jelaskan 'Remake' berbeza Dari Filem Asal

Pengarah itu turut menghasilkan watak-watak baru bagi peneraju utama.

Farah-Khan-Jawab-Spekulasi-Mengenai-Remake-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Farah Khan Jawab Spekulasi Mengenai 'Remake' "Satte Pe Satta"

Pengarah itu akan membuat pengumuman rasmi filem tersebut pada Deepavali.

Mouni-Roy-Tak-Sasar-Kutipan-Pecah-Panggung Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Mouni Roy Tak Sasar Kutipan Pecah Panggung

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".

Kangana-Ranaut-Bakal-Bergelar-Penerbit-Filem Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Kangana Ranaut Bakal Bergelar Penerbit Filem

Aktres itu akan menubuhkan syarikat produksi sendiri pada tahun hadapan.

Nushrat-Bharucha-Bosan-Galas-Watak-Sama Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Nushrat Bharucha Bosan Galas Watak Sama

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".