CLOSE
CLOSE AD

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

  • 17 Sep 2019
  • Tags:
Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood

"Rambo" merupakan salah satu filem ikonik Hollywood yang dibintangi Sylvester Stallone, dan kini pengarah Siddharth Anand telah mengumumkan filem "Rambo" versi Hindi akan direalisasikan.

Sehubungan dengan itu, Siddharth mendedahkan proses produksi dan penggambaran filem yang dibintangi Tiger Shroff itu akan bermula pada Mac 2020.

Seperti yang dilaporkan menerusi Gulf News, sebelumnya, pengarah itu telah melancarkan poster 'teaser' filem itu di Festival Filem Cannes 2017 yang dianjurkan di Perancis.

"Rambo adalah ikon global. Ketika kami melancarkan filem itu di Cannes, kami mendapati karakter itu membawa impak yang besar dan wartawan dari seluruh dunia ingin tahu apa yang kami bakal hasilkan dengan filem ini," ujar Siddharth.

Filem asal yang dibintangi Stallone itu berkisar mengenai John Rambo, seorang bekas tentera Pasukan Khas Amerika Syarikat dan veteran Perang Vietnam.

Tambah Siddharth lagi, memandangkan situasi itu tiada dalam sejarah India, maka dia bersama pihak produksi perlu melakukan perubahan besar dari segi watak, jalan cerita serta latar belakang filem.

Dalam pada itu, siri filem "Rambo" yang kelima berjudul "Rambo: Last Blood" arahan Adrian Grunberg akan ditayangkan di pawagam bermula 20 September ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Filmfare)
(Sumber artikel: Gulf News)



Suggested Articles

Aditya-Roy-Kapoor-Teruskan-Penggambaran-Sadak-2-Semasa-Deepavali Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Aditya Roy Kapoor Teruskan Penggambaran "Sadak 2" Semasa Deepavali

Aktor itu bakal berangkat ke Ooty bersama aktres gandingannya Alia Bhatt.

Farah-Khan-Jawab-Spekulasi-Mengenai-Remake-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Farah Khan Jawab Spekulasi Mengenai 'Remake' "Satte Pe Satta"

Pengarah itu akan membuat pengumuman rasmi filem tersebut pada Deepavali.

Mouni-Roy-Tak-Sasar-Kutipan-Pecah-Panggung Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Mouni Roy Tak Sasar Kutipan Pecah Panggung

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".

Kangana-Ranaut-Bakal-Bergelar-Penerbit-Filem Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Kangana Ranaut Bakal Bergelar Penerbit Filem

Aktres itu akan menubuhkan syarikat produksi sendiri pada tahun hadapan.

Nushrat-Bharucha-Bosan-Galas-Watak-Sama Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Nushrat Bharucha Bosan Galas Watak Sama

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".