CLOSE
CLOSE AD

Priyanka Chopra & Rajkummar Rao bakal bintangi filem "The White Tiger"

  • 05 Sep 2019
  • Tags:
Priyanka-Chopra-Rajkummar-Rao-bakal-bintangi-filem-The-White-Tiger

Aktres Priyanka Chopra dan aktor Rajkummar Rao telah dipilih untuk membintangi sebuah filem adaptasi novel debut penulis Aravind Adiga berjudul "The White Tiger".

Masih menetapkan judul yang sama, filem itu diarahkan oleh pengarah Ramin Bahrani dan akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman video terkenal Netflix.

"Saya sangat teruja untuk bekerja bersama Ramin Bahrani dan Netflix dalam menghidupkan cerita oleh Aravind Adiga ke dunia sinematik.

"Selepas membaca bukunya, saya tertarik dengan perspektif jalan ceritanya. Saya tidak sabar untuk menjalani penggambaran di India tidak lama lagi dan bekerjasama dengan Rajkummar Rao buat kali pertama serta barisan aktor lain yang dipilih oleh Ramin," ujar Priyanka.

Laporan dari The Indian Express menyatakan Rajkummar juga berasa teruja kerana berpeluang untuk terlibat dalam sebuah projek bertaraf antarabangsa.

Penggambaran akan dijalankan di India bermula bulan depan. Ia berkisar mengenai jatuh bangun kehidupan seorang lelaki yang menjual teh dan akhirnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

"Sudah lama saya ingin menghasilkan filem dari novel hebat Aravind Adiga "The White Tiger". Saya berasa senang hati kerana berpeluang untuk bekerja dengan Mukul Deora serta para pelakon hebat dalam projek ini," ujar Ramin.

Priyanka turut bertindak sebagai penolong penerbit filem di samping Mukul Deora. Sebelumnya, Priyanka telah menandatangani sebuah lagi projek di bawah Netflix iaitu sebuah filem adiwira berjudul "We Can Be Heroes".

(Sumber foto: Global News & Prokerala)
(Sumber artikel: The Indian Express)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.