CLOSE
CLOSE AD

Pembikin filem "Saaho" dituduh ciplak karya pengarah Perancis

  • 03 Sep 2019
  • Tags:
Pembikin-filem-Saaho-dituduh-ciplak-karya-pengarah-Perancis

Perbandingan antara poster filem "Saaho" (kiri) dan filem "Blade Runner 2049" (kanan).

Pengarah Perancis Jerome Salle telah menuduh pembikin filem "Saaho" menciplak hasil kerjanya, mengatakan filem itu sama seperti filem Hollywood "Largo Winch".

Perkara itu telah disuarakan oleh para peminat yang sudah menonton filem "Saaho" dan berpendapat bahawa jalan cerita filem itu sama seperti filem Hollywood tersebut.

Ini bukan kali pertama filem "Largo Winch" telah dibikin semula tanpa pengetahuan dan izin Jerome. Sebelum ini, dia turut membuat tuduhan sama kepada pengarah filem "Agnyaathavaasi".

Kesal dengan perkara itu, Jerome telah memuat naik satu status berbunyi sinis di laman Twitter, mengatakan dia mempunyai karier di India.

"Nampaknya 'remake' 'percuma' "Largo Winch" kedua ini sama teruk seperti yang pertama. Jadi kepada pengarah Telugu, jika anda mencuri kerja saya, sekurang-kurangnya tolonglah bikin ia dengan lebih baik.

"Mengenai status "karier India" saya, maaf, saya tidak mampu mengawal diri dan berbuat apa-apa," sindirnya yang dipetik dari laporan India Today.

Sebelumnya, aktres Lisa Ray membuat tuduhan bahawa pembikin filem "Saaho" telah mencuri karya seni Shilo Shiv Suleman menerusi poster filem mereka.

Poster pertama filem itu juga turut dibandingkan dengan poster filem Hollywood lakonan aktor Ryan Gosling iaitu "Blade Runner 2049".

Buat masa ini, pengarah filem "Saaho", Sujeeth, atau penerbit dari syarikat produksi UV Creations masih belum mengemukakan sebarang maklum balas terhadap tuduhan tersebut.

(Sumber foto: Pinterest IDigitalTrends & dhresource.com)
(Sumber artikel: India Today)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.

Sanjay-dan-Maanayata-Dutt-Kian-Selesa-Bekerja-Sebagai-Penerbit Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Sep 2019

Sanjay dan Maanayata Dutt Kian Selesa Bekerja Sebagai Penerbit

Pasangan itu telah menerbitkan sebuah 'remake' filem Telugu berjudul "Prasthanam".