CLOSE
CLOSE AD

Kriti Sanon pertama kali galas watak protagonis dalam "Mimi"

  • 03 Sep 2019
  • Tags:
Kriti-Sanon-pertama-kali-galas-watak-protagonis-dalam-Mimi

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila aktres Kriti Sanon telah berkongsikan poster filem terbarunya berjudul "Mimi" arahan Laxman Utekar.

"Ia adalah sebuah projek yang sangat menarik bersama Maddock Films. Ia adalah satu kisah yang menghiburkan dengan maksud yang mendalam.

"Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan Laxman. Idea yang dikembangkan menjadi skrip adalah lebih baik dari jangkaan saya," ujar Kriti.

Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama dia dipilih untuk menggalas watak protagonis dalam filem dan mengakui ia adalah suatu pengalaman baru yang agak mencabar.

Bagaimanapun, menurut laporan dari Times of India, Kriti mendedahkan dia ingin mencuba sesuatu yang baru dan relevan serta watak yang berbeza dengan keperibadiannya.

"Terdapat keseronokan yang berbeza yang saya dapat rasakan dalam menerbitkan kisah sedih dan kisah yang diangkat dari kisah sebenar. Contohnya "Mimi"", kata penerbit Dinesh Vijan.

Proses penggambaran dijangka akan dimulakan pada penghujung tahun ini. Ia turut menampilkan aktor Pankaj Triphati sebagai watak utama.

Bertemakan kisah ibu tumpang, ia mengisahkan hubungan antara seorang wanita yang tidak mahu menjadi seorang ibu dan seorang lagi yang tidak sabar untuk bergelar ibu.

Filem itu diinspirasikan dari sebuah filem Marathi berjudul "Mala Aai Vhaaychya" yang pernah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Marathi peringkat kebangsaan pada tahun 2011.

Dalam perkembangan lain, Kriti akan membintangi dua buah filem baru berjudul "Housefull 4" dan "Panipat".

(Sumber foto: Apherald)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.