CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Umum Tayangan "Inshallah" Ditunda

  • 27 Aug 2019
Salman-Khan-Umum-Tayangan-Inshallah-Ditunda

Bintang Bollywood Salman Khan telah mengumumkan filem "Inshallah" tidak akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan menerusi laman Twitter pada Ahad lalu.

Walaupun filem "Inshallah" ditunda, namun Salman menjanjikan kepada para peminatnya bahawa sebuah filem lain lakonannya akan ditayangkan pada tarikh berikut.

"Filem arahan Sanjay Leela Bhansali telah ditunda namun saya akan menemui anda pada Hari Raya Aidilfitri , 2020. Insha-Allah!!" tulisnya menerusi status yang dimuat naik tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan dari Times of India, pembikin filem dan para pelakon tidak mendedahkan sebab mengapa filem itu ditunda. Tarikh tayangan yang baru juga akan diumumkan kelak tetapi bukan dalam masa terdekat.

Sebelumnya, penggambaran filem yang menggandingkan Salman dan aktres Alia Bhatt itu dilaporkan akan bermula pada September ini.

Dalam perkembangan lain, Salman sedang menantikan tayangan siri filem aksi terbarunya berjudul "Dabangg 3" pada 20 Disember tahun ini.

Filem arahan Prabhu Deva itu turut menampilkan aktres Sonakshi Sinha dan aktor lain seperti Sudeep Sanjeev, Arbaaz Khan, Tinnu Anand dan ramai lagi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Splash Pinterest)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Tarik-Diri-Dari-Filem-Bhuj-The-Pride-of-India Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Parineeti Chopra Tarik Diri Dari Filem "Bhuj: The Pride of India"

Aktres itu terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan dua buah projek lain.

Kangana-Ranaut-Anggap-Belajar-Bahasa-Tamil-Satu-Cabaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Kangana Ranaut Anggap Belajar Bahasa Tamil Satu Cabaran

Aktres itu perlu memahirkan bahasa Tamil bagi filem biopik "Thalaivi".

Akshay-Kumar-Dan-Rohit-Shetty-Bermasam-Muka-Di-Set-Sooryavanshi Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Akshay Kumar Dan Rohit Shetty Bermasam Muka Di Set "Sooryavanshi"?

Kedua-dua aktor dan pembikin filem itu telah menafikan berita tersebut.

R-Madhavan-Bhumi-Pednekar-Bakal-Bergandingan-Dalam-Bhaagamathie Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

R. Madhavan & Bhumi Pednekar Bakal Bergandingan Dalam "Bhaagamathie"

Kedua-dua itu akan bintangi filem 'remake' Telugu diterbitkan Akshay Kumar.

Imtiaz-Ali-bakal-realisasikan-biopik-mengenai-Madhubala Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Imtiaz Ali bakal realisasikan biopik mengenai Madhubala

Pembikin filem itu telah mendapatkan hak cipta untuk meneruskan projek tersebut.

Amitabh-Bachchan-umum-rehat-panjang-dari-lakonan Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Amitabh Bachchan umum rehat panjang dari lakonan

Aktor veteran itu terpaksa berbuat demikian berikutan masalah kesihatannya yang kronik.