CLOSE
CLOSE AD

Suniel Shetty jadi jurulatih seni bela diri dalam "Pehlwaan"

  • 23 Aug 2019
  • Tags:
Suniel-Shetty-jadi-jurulatih-seni-bela-diri-dalam-Pehlwaan

Suniel Shetty berasa keliru untuk sambung berlakon selepas berehat selama empat tahun.

Aktor Suniel Shetty membuat debut dalam industri filem India selatan dengan filem aksi sejarah arahan S. Krishna berjudul "Pehlwaan" di mana dia membawa watak seorang bapa dan jurulatih seni bela diri.

Menurut Suniel, dia segera bersetuju untuk membintangi filem itu apabila ditawarkan kerana menyifatkannya sebagai sebuah naskhah yang bagus dan sesuai dengan cita rasanya.

"Saya rasa saya tidak berfikir panjang berbanding tawaran filem-filem yang lain. Saya bersetuju dengan projek ini kerana saya tahu ia filem yang bagus.

"Filem ini juga bakal menarik perhatian penonton dalam jumlah yang ramai kerana adanya pelakon seperti Sudeep (Kichcha Sudeep) yang membawa watak Krishna," katanya yang dipetik dari Times of India.

Tambah Suniel lagi, dia berasa senang hati kerana berpeluang untuk menjayakan watak yang penuh dengan emosi dan agresif selepas berehat lama dari bidang lakonan.

Sebelumnya, Suniel telah berehat berlakon selama empat tahun dan berasa keliru sama ada untuk menyambung kerjayanya sebagai pelakon ataupun tidak. Filem terakhirnya adalah "Desi Kattey" yang ditayangkan pada tahun 2014.

Menerusi filem itu, Suniel membawa watak Sarkar, yang telah menawarkan diri untuk menjadi jurulatih kepada anaknya Krishna (Sudeep), bagi memahirkan teknik berlawan dalam sukan tinju profesional.

Filem itu menjanjikan jalan cerita yang padat dengan aksi. Seperti mana yang dilihat dalam treler yang telah dilancarkan, filem itu mempunyai dua segmen di mana Sudeep membawa dua watak berbeza, seorang peninju dan seorang ahli gusti.

"Pehlwaan" adalah sebuah filem Kannada yang akan ditayangkan dalam beberapa versi lain seperti Tamil, Malayalam, Telugu dan Hindi bagi menarik lebih ramai penonton.

Pada mulanya, filem terbitan Zee Studios itu sepatutnya dirilis pada awal bulan Ogos namun pembikin filem telah menunda tarikh tayangan ke 12 September.

(Sumber foto: India Words)

(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.