CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

  • 19 Aug 2019
Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero

Aktor Akshay Kumar meluahkan keinginannya untuk membintangi naskhah yang mempunyai ramai watak utama atau filem 'multiple-hero'.

"Saya teringin untuk bekerja dalam filem yang mempunyai empat atau lima hero. Yang penting wataknya sesuai dan saya tahu saya terlibat dalam sebuah filem yang bagus, "katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Dalam pada itu, Akshay turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir aktor yang enggan melibatkan diri dalam filem yang mempunyai lebih dari seorang watak utama, sebaliknya hanya menerima tawaran yang mengetengahkan seorang hero sahaja.

"Sejujurnya dan tanpa menyatakan sebarang nama, aktor dalam industri kami masih tidak faham yang mereka perlu membintangi filem yang mempunyai dua atau tiga watak utama.

"Saya sudah cuba untuk mencari tahu mengapa mereka enggan melakukannya. Semua orang mahukan filem solo. Ternyata ianya sangat berbeza dengan generasi lama – generasi saya," luahnya lagi.

Menurut aktor filem "Mission Mangal" itu, dia menyifatkan aktor pada zaman ini sukar untuk bekerjasama kecuali jika didesak beberapa kali. Dia turut membandingkan perkara ini dengan industri Hollywood.

Beralih ke perkembangan lain, filem "Mission Mangal" dilaporkan telah berjaya meraih kutipan tinggi serta menerima sambutan yang menggalakkan sejak hari pertama ia ditayangkan iaitu pada 15 Ogos.

Ia diinspirasikan dari kisah benar mengenai sebuah misi mengorbit planet Marikh termurah di dunia. Pelancaran Misi Orbit Marikh (Mangalyaan) itu telah berjaya dilakukan oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Filem bertemakan angkasa lepas itu menampilkan Akshay bersama barisan pelakon lain seperti Vidya Balan, Sonakshi Sinha, Taapsee Pannu, Nithya Menen, Sharman Joshi dan Kirti Kulhari.

(Sumber foto: Decider)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.

Filem-Biopik-Perdana-Menteri-Narenda-Modi-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Sep 2019

Filem Biopik Perdana Menteri Narenda Modi Direalisasikan

Aktor Akshay Kumar turut berkongsi poster pertama filem terbitan Sanjay Leela Bhansali itu.

Radhika-Apte-Berganding-Dengan-Charlie-Hunnam-Dalam-Shantaram Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Sep 2019

Radhika Apte Berganding Dengan Charlie Hunnam Dalam "Shantaram"

Aktres itu akan melakonkan watak seorang wartawan dari India berpangkal di Australia.

Sanaya-Irani-Buat-Debut-Di-Layar-Perak-Dalam-Filem-Ghost Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Sep 2019

Sanaya Irani Buat Debut Di Layar Perak Dalam Filem "Ghost"

Aktres itu turut berkongsikan poster rasmi filem tersebut di laman sosial.

Ira-Khan-Jadi-Pengarah-Pementasan-Teater-Medea Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Sep 2019

Ira Khan Jadi Pengarah Pementasan Teater "Medea"

Ira turut memberi tawaran kepada aktres Hazel Keech dan abangnya Junaid Khan.

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.