CLOSE
CLOSE AD

Amitabh Bachchan Bakal Bekerjasama dengan Vivek Sharma

  • 08 Aug 2019
Amitabh-Bachchan-Bakal-Bekerjasama-dengan-Vivek-Sharma

Bintang veteran Amitabh Bachchan dilaporkan bakal bekerjasama semula dengan pengarah Vivek Sharma menerusi filem baru berjudul "Ka Kha Ga Gha Nanga".

Menurut laporan dari Bollywood Life, filem itu akan memaparkan situasi generasi masa kini serta menandakan kembalinya Sharma ke dunia pengarahan selepas 10 tahun.

Filem terakhir arahannya adalah filem pecah panggung "Kal Kissne Dekha" yang ditayangkan pada 2009. Sebelum ini, Vivek telah membuat debut sebagai pengarah menerusi filem "Bhootnath" 2008 lakonan Bachchan.

Berbalik semula ke filem "Ka Kha Ga Gha Nanga", Bachchan akan membawa watak seorang petani yang mengalami kesukaran dengan teknologi canggih masa kini.

"Amitabh Bachchan telah ditawarkan untuk membintangi projek ini tetapi setakat ini dia masih belum menandatangani sebarang dokumen rasmi.

"Bagaimanapun, dia telah memberi maklum balas yang positif selepas meneliti skrip, jadi ada kemungkinan dia akan bersetuju untuk membintanginya," jelas satu sumber terdekat.

Walaupun usianya telah mencecah 76 tahun, namun Bachchan masih dilihat aktif dalam bidang lakonan dan dia telah terlibat dengan lima buah projek filem pada tahun ini.

Filem terbaru lakonannya yang akan datang ialah "Jhund", "Sye Raa Narasimha Reddy", "Uyarndha Manithan", "Brahmastra", "Chehre" dan "Gulabo Sitabo".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Bollywood Life)
(Sumber foto: G Q India)



Suggested Articles

Suniel-Shetty-jadi-jurulatih-seni-bela-diri-dalam-Pehlwaan Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Aug 2019

Suniel Shetty jadi jurulatih seni bela diri dalam "Pehlwaan"

Aktor itu kembali berlakon selepas berehat dari bidang lakonan selama empat tahun.

Pakistan-Minta-Jawatan-Priyanka-Chopra-Sebagai-Duta-Keamanan-Digugurkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Pakistan Minta Jawatan Priyanka Chopra Sebagai Duta Keamanan Digugurkan

Perkara itu dilaporkan secara rasmi oleh Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan.

Suhana-Khan-Bintangi-Filem-Pendek-The-Grey-Part-of-Blue Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Suhana Khan Bintangi Filem Pendek "The Grey Part of Blue"

Aktres itu turut membuat persiapan bagi membintangi filem debut Bollywoodnya.

Karan-Johar-Salahkan-Diri-Sendiri-Atas-Kegagalan-Kalank Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Karan Johar Salahkan Diri Sendiri Atas Kegagalan "Kalank"

Pembikin filem itu juga bercadang untuk memberi ganti rugi kepada para pelabur.

Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Aug 2019

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.

Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Aug 2019

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.