CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone Tidak Kisah Kongsi Pengalaman Alami Tekanan

  • 05 Aug 2019
Deepika-Padukone-Tidak-Kisah-Kongsi-Pengalaman-Alami-Tekanan

Aktres Deepika Padukone dilihat sentiasa bersikap terbuka dalam berkongsi kisahnya yang mengalami tekanan beberapa tahun lalu selepas putus hubungan dengan bekas teman lelakinya, Ranbir Kapoor.

Pada 2015, Deepika turut menubuhkan sebuah pertubuhan yang memberi fokus terhadap kesihatan mental di India iaitu The Live Love Laugh Foundation.

Pertubuhan itu telah bekerjasama dengan Facebook bagi melancarkan program "You Are Not Alone" bagi mengelakkan penstriman secara langsung untuk kes-kes bunuh diri pada 2016.

"Perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan pengalaman saya mengalami tekanan adalah pergelutan. Saya bergelut dengan perasaan sendiri pada setiap saat dan berasa letih setiap masa," katanya.

Dalam pada itu, Deepika telah menyangkal kenyataan Salman Khan baru-baru ini yang mengatakan dia terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tidak mampu berasa sedih atau tertekan.

"Orang ramai sering keliru antara tekanan mental dan perasaan sedih. Seorang bintang lelaki mengatakan dia tidak mempunyai 'kemewahan' untuk berasa tertekan seolah-olah menganggap tekanan mental itu seperti satu pilihan!" tegasnya.

Laporan yang dipetik dari India Today menyatakan Deepika berasa lebih lega selepas berkongsi kisahnya, ibarat melepaskan satu beban yang berat.

Beralih ke soal lakonan, Deepika akan dilihat bersama Vikrant Massey menerusi filem arahan Meghna Gulzar berjudul "Chhapaak" yang akan ditayangkan pada 10 Januari 2020.

Selain itu, Deepika juga akan digandingkan bersama tunangnya, Ranveer Singh, menerusi filem sukan kriket berjudul "'83". Filem itu akan dirilis pada 10 April 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: India Today)
(Sumber foto: Deepika Padukone Instagram)



Suggested Articles

Suniel-Shetty-jadi-jurulatih-seni-bela-diri-dalam-Pehlwaan Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Aug 2019

Suniel Shetty jadi jurulatih seni bela diri dalam "Pehlwaan"

Aktor itu kembali berlakon selepas berehat dari bidang lakonan selama empat tahun.

Pakistan-Minta-Jawatan-Priyanka-Chopra-Sebagai-Duta-Keamanan-Digugurkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Pakistan Minta Jawatan Priyanka Chopra Sebagai Duta Keamanan Digugurkan

Perkara itu dilaporkan secara rasmi oleh Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan.

Suhana-Khan-Bintangi-Filem-Pendek-The-Grey-Part-of-Blue Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Suhana Khan Bintangi Filem Pendek "The Grey Part of Blue"

Aktres itu turut membuat persiapan bagi membintangi filem debut Bollywoodnya.

Karan-Johar-Salahkan-Diri-Sendiri-Atas-Kegagalan-Kalank Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Karan Johar Salahkan Diri Sendiri Atas Kegagalan "Kalank"

Pembikin filem itu juga bercadang untuk memberi ganti rugi kepada para pelabur.

Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Aug 2019

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.

Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Aug 2019

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.