CLOSE
CLOSE AD

Farhan Akhtar jaga badan demi "Toofan"

  • 29 Jul 2019
Farhan-Akhtar-jaga-badan-demi-Toofan

Demi menjayakan watak sebagai peninju profesional dalam filem "Toofan", aktor Farhan Akhtar mula menjalani sesi latihan bagi kecergasan diri.

Menurut laporan yang dipetik dari Times of India, Farhan dilihat giat memantapkan kemahirannya dalam sukan tinju di sebuah gim yang memerlukannya berlatih selama dua jam sehari.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, Farhan turut berkongsi tips kecergasan bagi para peminat yang ingin menjaga badan.

Sebelumnya, Farhan berjaya menggalas watak pelari pecut Olimpik, Milkha Singh, menerusi filem biopik "Bhaag Milkha Bhaag" yang ditayangkan pada tahun 2013.

Sebagai persiapan untuk membawa watak itu, dia telah berlatih selama 13 bulan demi mencapai bentuk badan yang sesuai termasuk mengambil diet khas.

Selain itu, Farhan yang juga merupakan seorang pembikin filem telah mendapatkan khidmat latihan daripada jurulatih peribadinya, Samir Jaura.

Beralih ke perkembangan lain, Farhan telah melancarkan album sulungnya berjudul "Echoes" secara global yang menampilkan 11 buah lagu pada 13 April lalu.

Dalam pada itu, dia juga dipilih untuk bergandingan dengan Priyanka Chopra Jonas menerusi filem "The Sky Is Pink" yang bakal ditayangkan pada Oktober depan.

Farhan juga bakal menerbit serta berlakon dalam sebuah filem berjudul "Roadman". Bagaimanapun butiran mengenai filem yang akan ditayangkan pada 2020 itu masih belum diketahui.

(Sumber artikel: Times of India)
(Sumber foto: GQ India)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.