CLOSE
CLOSE AD

Kapil Sharma Alih Suara "The Angry Birds Movie 2" Versi Hindi

  • 25 Jul 2019
Kapil-Sharma-Alih-Suara-The-Angry-Birds-Movie-2-Versi-Hindi

Pengacara dan pelawak Kapil Sharma telah dipilih untuk mengalih suara watak utama filem "The Angry Birds Movie 2" iaitu Red dalam versi Hindi.

Menerusi versi asal, watak Red dialih suara oleh pelawak dan pelakon Hollywood, Jason Sudeikis dan walaupun berasa gementar untuk mengikut jejak Jason, Kapil mendapati mengalih suara adalah suatu kerja yang menyeronokkan baginya.

Berbicara lebih lanjut, Kapil mengakui mengalih suara bagi filem lebih sukar dari membawa karakter yang asal namun cabaran itu dianggap sebagai medium untuknya memperbaiki kelemahan yang ada.

"Di Barat, selebriti akan menggunakan suara mereka untuk sesebuah karakter dan berdasarkan perkara itu, filem dihasilkan menggunakan grafik.

"Tetapi di sini, kami perlu bercakap mengikut grafik yang sedia ada," ujarnya menerusi laporan yang dipetik dari Times of India.

Aktor komedi yang terkenal menerusi rancangan televisyennya itu berkata, dia boleh mengaitkan dirinya dengan karakter Red berdasarkan pengalaman hidupnya.

Oleh itu, Kapil menjanjikan bahawa penonton tidak akan berasa kecewa memandangkan watak Red agak lucu sama seperti dirinya.

Penerbit dari Sony Pictures Entertainment India turut berharap Kapil dapat meningkatkan lagi elemen komedi dalam filem versi Hindi itu.

Baru-baru ini, Shah Rukh Khan dan anaknya telah dipilih untuk mengalih suara watak Mufasa dan Simba dalam filem Disney "The Lion King" versi Hindi.

Antara aktor lain yang pernah mengalih suara filem Hollywood ialah Varun Dhawan di mana dia mengalih suara Captain America dan Ranveer Singh yang mengalih suara Deadpool.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Times of India)
(Sumber foto: Kapil Sharma Instagram)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.