CLOSE
CLOSE AD

Jacqueline Fernandez: Saya Seorang yang Mesra-Kamera

  • 25 Jul 2019
Jacqueline-Fernandez-Saya-Seorang-yang-Mesra-Kamera

Sebagai langkah untuk berinteraktif lebih mesra bersama para peminat, aktres Jacqueline Fernandez telah melancarkan saluran YouTube miliknya sendiri pada Selasa.

Jacqueline yang dilihat sangat aktif sebagai pengguna laman sosial, telah mengumumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram.

Rakaman video pertama yang dimuat naik di saluran tersebut membawa penonton sekilas pandang kepada zaman kanak-kanak, keluarga, pertunjukan fesyen dan uji bakat pertamanya serta saat-saat dia dianugerahkan sebagai Miss Sri Lanka.

"Menyingkap semula kehidupan lama, saya merasakan saya mempunyai hubungan istimewa dengan lensa kamera.

"Sejak kecil, saya boleh dikatakan seorang yang mesra-kamera dan periang dan saya ingin berterima kasih kepada ibu dan ayah saya atas perkara itu," ujarnya menerusi laporan dari The New Indian Express.

Menurutnya lagi, dia menyimpan impian untuk menyertai pertunjukan fesyen sejak kecil serta tidak menyangka berpeluang untuk berada di pentas Miss Universe seawal usia 21 tahun.

Biarpun tidak bergelar juara, penglibatan dalam acara berprestij itu sahaja sudah membuatkannya berasa yakin untuk terus mengejar impiannya.

Dalam pada itu, Jacqueline bakal mendedahkan sedikit demi sedikit mengenai kehidupannya bermula di Mumbai hingga menjadi selebriti terkenal antarabangsa.

Pada Jun lalu, aktres Alia Bhatt telah melancarkan saluran YouTube miliknya. Selain itu, Priyanka Chopra dan Shilpa Shetty juga adalah antara selebriti wanita Bollywood yang mempunyai saluran YouTube sendiri.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: The New Indian Express)
(Sumber foto: Santabanta.com)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.