CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar Lebih Selesa dengan Filem Bollywood

  • 24 Jul 2019
Akshay-Kumar-Lebih-Selesa-dengan-Filem-Bollywood

Aktor Akshay Kumar mengakui lebih berasa selesa bekerja dalam industri Bollywood walaupun pernah ditawar berlakon dalam filem Hollywood.

"Saya tidak menafikan bahawa saya pernah ditawarkan beberapa filem Hollywood tetapi projek mereka tidak cukup besar dan hebat bagi saya.

"Sejujurnya saya lebih gembira bekerja dalam filem Bollywood. Jika ada tawaran yang bagus dan efektif di mana saya boleh memperkembangkan bakat, sudah tentu saya akan menerimanya," ujarnya.

Tambah Akshay lagi, dia memilih untuk mencuba pelbagai jenis genre sepanjang kariernya supaya orang ramai tidak meletakkan label kepada dirinya.

Aktor berusia 51 tahun itu turut berterima kasih kepada orang ramai dan media kerana memberi kritikan yang membuatkannya terus berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri.

Tahun ini merupakan tahun yang sibuk bagi Akshay memandangkan dia terlibat penggambaran sebilangan filem besar seperti "Sooryavanshi", "Housefull 4", "Good News" dan "Laxmmi Bomb" .

Menurut laporan yang dipetik dari Pinkvilla, kali terakhir dia dilihat di layar perak pada tahun ini adalah menerusi filem "Kesari" yang berlatar belakangkan sejarah Peperangan Saragarhi 1897.

Kejayaan filem itu mencapai kutipan pecah panggung telah meletakkannya di carta sepuluh filem Bollywood dengan kutipan paling tinggi pada tahun ini.

Dalam pada itu, Akshay meluahkan rasa bangga dengan kejayaan filem Bollywood yang diterima di seluruh dunia dan serta memuji penulisan skrip yang dihasilkan bagi filem-filem di India.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Pinkvilla)
(Sumber foto: Bazaar Magazine)



Suggested Articles

Aditya-Roy-Kapoor-Teruskan-Penggambaran-Sadak-2-Semasa-Deepavali Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Aditya Roy Kapoor Teruskan Penggambaran "Sadak 2" Semasa Deepavali

Aktor itu bakal berangkat ke Ooty bersama aktres gandingannya Alia Bhatt.

Pengarah-Pati-Patni-Aur-Woh-Jelaskan-Remake-berbeza-Dari-Filem-Asal Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Pengarah "Pati Patni Aur Woh" Jelaskan 'Remake' berbeza Dari Filem Asal

Pengarah itu turut menghasilkan watak-watak baru bagi peneraju utama.

Farah-Khan-Jawab-Spekulasi-Mengenai-Remake-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Farah Khan Jawab Spekulasi Mengenai 'Remake' "Satte Pe Satta"

Pengarah itu akan membuat pengumuman rasmi filem tersebut pada Deepavali.

Mouni-Roy-Tak-Sasar-Kutipan-Pecah-Panggung Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Mouni Roy Tak Sasar Kutipan Pecah Panggung

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".

Kangana-Ranaut-Bakal-Bergelar-Penerbit-Filem Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Kangana Ranaut Bakal Bergelar Penerbit Filem

Aktres itu akan menubuhkan syarikat produksi sendiri pada tahun hadapan.

Nushrat-Bharucha-Bosan-Galas-Watak-Sama Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Nushrat Bharucha Bosan Galas Watak Sama

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".