CLOSE
CLOSE AD

Aparshakti Khurana Bakal Bintangi "Pati Patni Aur Woh"

  • 23 Jul 2019
Aparshakti-Khurana-Bakal-Bintangi-Pati-Patni-Aur-Woh

Aktor Aparshakti Khurana akan menyertai penggambaran bersama Ananya Panday bagi filem komedi "Pati Patni Aur Woh" di Lucknow.

Aparshakti yang pernah membintangi filem seperti "Luka Chuppi", "Stree" dan "Dangal" telah dipilih untuk menggalas watak penting dalam filem yang turut diterajui Kartik Aaryan dan Bhumi Pednekar itu.

"Saya berasa teruja dapat kembali bekerjasama dengan Bhushan Kumar (penerbit) dan Juno Chopra (penerbit). Selepas "Luka Chuppi", saya dan Kartik mula serasi dan anda akan lihat keserasian kami dalam filem ini juga.

"Bhumi dan Ananya juga melengkapkan kumpulan kami. Saya amat mengagumi kerja mereka di hadapan kamera. Mudassar Aziz (pengarah) juga mengarah kami dengan baik," ujar adik kepada aktor Ayushmann Khurrana itu.

Filem "Pati Patni Aur Woh" merupakan sebuah adaptasi filem arahan B.R. Chopra yang sama judul. Ia telah diterbitkan pada 1978 dan menampilkan pelakon seperti Sanjeev Kumar, Vidya Sinha dan Ranjeeta.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, baru-baru ini Aparshakti, Ayushmann berserta seluruh kru produksi telah membuat kejutan bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran Bhumi di set penggambaran mereka.

Menariknya, Bhumi berpeluang untuk bekerjasama dengan adik beradik itu menerusi dua buah filem berbeza di mana dia akan berganding bersama Ayushmann menerusi filem "Bala".

"Pati Patni Aur Woh" yang diterbitkan di bawah usaha sama produksi T-Series dan BR Studios bakal menemui penonton di pawagam pada 6 Disember tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Aparshakti Khurana Instagram)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.