CLOSE
CLOSE AD

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

  • 22 Jul 2019
Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi

Dilihat semakin aktif di layar perak, aktor Varun Sharma memberitahu dia bukanlah seorang pelawak, sebaliknya seorang pelakon yang mampu menjayakan watak tertentu.

Tahun ini, Varun akan tampil dalam tiga buah filem komedi yang bakal dirilis tidak lama lagi iaitu "Arjun Patiala", "Khandaani Shafakhana" dan "Chhichhore".

Menurut laporan yang dipetik dari Times of India, Varun berasa teruja dapat melibatkan diri dalam filem-filem tersebut kerana dapat merasai pengalaman berlakon dalam set yang berbeza serta karakter yang berlainan.

"Saya tidak akan berhenti dari melakonkan filem komedi kerana setiap daripadanya adalah berbeza. Saya telah berlakon dalam banyak filem komedi tetapi tiada watak yang berulang.

"Saya juga sudah lama berkeinginan untuk mencuba genre lain tetapi ia tidak bermakna saya akan tinggalkan genre komedi," ujarnya.

Varun mendedahkan dia pernah terlibat dengan pementasan teater di mana dia hanya membawa watak-watak yang serius dan kali pertama melakonkan watak komedi dalam filem debutnya.

Berbicara lebih lanjut, dia berkata membuat penonton ketawa bukanlah sesuatu yang mudah namun ia adalah pengalaman yang indah baginya sebagai aktor.

Oleh yang demikian, dia tidak mahu bersikap terburu-buru untuk membuktikan kepada para penonton bahawa dia mampu membawa watak serius dalam lakonannya.

Dalam perkembangan terbaru, Varun kini sedang menjalani penggambaran bagi sebuah lagi filem komedi seram berjudul "Roohi-Afza" yang menampilkan Janhvi Kapoor dan Rajkummar Rao.

Filem arahan Hardik Mehta itu bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Mac 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Times of India)
(Sumber foto: Varun Sharma Instagram)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.