CLOSE
CLOSE AD

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

  • 19 Jul 2019
Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar

Segala pertanyaan para peminat akhirnya terjawab apabila aktor Rajkummar Rao mendedahkan perancangannya untuk berkolaborasi bersama pembikin filem terkenal Karan Johar.

"Saya dan Karan sangat berkeinginan untuk bekerjasama tetapi buat masa ini saya belum menandatangani sebarang filem. Saya rasa pada masa kini tiada aktor yang menandatangani tiga projek filem dengan syarikat produksi.

"Saya juga tidak pernah menandatangi dua hingga tiga buah projek bersama syarikat produksi. Kami berkongsi skrip, dan jika ia menarik barulah kami bersetuju untuk meneruskan sesebuah projek itu," jelas Rajkummar menerusi laporan dari Eastern Eye.

Menurutnya lagi, dia telah beberapa kali berbincang dengan Karan mengenai projek akan datang dan kemungkinan ia akan dimulakan pada tahun hadapan.

Rajkummar juga telah menafikan spekulasi mengenainya yang dikatakan bakal membintangi "Dostana 2" terbitan Karan. Dia memberitahu tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam projek itu atas sebab-sebab tertentu.

Dalam pada itu, Rajkummar turut berkongsikan impiannya untuk menjadi seorang usahawan dan penerbit pada masa akan datang. Buat masa ini, dia sedang mencari peluang untuk bereksperimen dalam filem.

Aktor itu melihat kritikan yang diterima dari sudut yang positif sebagai langkah untuk memperbaiki kelemahan diri pada masa akan datang.

Dalam perkembangan terbaru, Rajkummar teruja menanti tayangan filemnya dilanda kontroversi berjudul "Judgementall Hai Kya" pada 26 Julai ini. Menerusi filem itu, Rajkummar akan digandingkan bersama aktres Kangana Ranaut.

Selain itu, dia juga sedang menjalani penggambaran bagi filem "Roohi-Afza" bersama Janhvi Kapoor di bawah produksi Maddock Films.

(Sumber artikel: Eastern Eye)
(Sumber foto: Rajkummar Rao Instagram)



Suggested Articles

Suniel-Shetty-jadi-jurulatih-seni-bela-diri-dalam-Pehlwaan Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Aug 2019

Suniel Shetty jadi jurulatih seni bela diri dalam "Pehlwaan"

Aktor itu kembali berlakon selepas berehat dari bidang lakonan selama empat tahun.

Pakistan-Minta-Jawatan-Priyanka-Chopra-Sebagai-Duta-Keamanan-Digugurkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Pakistan Minta Jawatan Priyanka Chopra Sebagai Duta Keamanan Digugurkan

Perkara itu dilaporkan secara rasmi oleh Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan.

Suhana-Khan-Bintangi-Filem-Pendek-The-Grey-Part-of-Blue Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Suhana Khan Bintangi Filem Pendek "The Grey Part of Blue"

Aktres itu turut membuat persiapan bagi membintangi filem debut Bollywoodnya.

Karan-Johar-Salahkan-Diri-Sendiri-Atas-Kegagalan-Kalank Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Karan Johar Salahkan Diri Sendiri Atas Kegagalan "Kalank"

Pembikin filem itu juga bercadang untuk memberi ganti rugi kepada para pelabur.

Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Aug 2019

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.

Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Aug 2019

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.