CLOSE
CLOSE AD

Amrita Rao mahu Sara Ali Khan untuk jayakan wataknya

  • 16 Jul 2019
Amrita-Rao-mahu-Sara-Ali-Khan-untuk-jayakan-wataknya

Amrita Rao dan Shahid Kapoor pernah digandingkan bersama sebagai watak Payal dan Rajiv menerusi filem romantik "Ishq Vishk" yang diterbitkan pada 2003.

Baru-baru ini, penerbit Ramesh Taurani telah mengesahkan bahawa produksinya akan menerbitkan sebuah sekuel kepada filem itu selepas 16 tahun sejak ia ditayangkan.

Sehubungan dengan itu, Amrita telah mendedahkan yang dia ingin melihat Sara Ali Khan menjayakan wataknya dalam sekuel tersebut.

"Jika dilihat dari gaya saya, mungkin saya boleh digandingkan bersama Ishaan Khatter. Mungkin Sara boleh membawa watak Payal dan Tara Sutaria pula boleh membawa watak yang digalas oleh Shenaz Treasury," ujar Amrita.

Sebelum ini, terdapat spekulasi yang mengatakan Ishaan telah dipilih untuk menjayakan watak abangnya, Shahid, dalam "Ishq Vishk 2".

Bagaimanapun, Ishaan telah menafikan bahawa dia akan terlibat dalam sekuel filem itu menerusi sebuah kenyataan media.

Seperti yang dilaporkan menerusi India Today, buat masa ini pembikin filem masih belum mengumumkan barisan pelakon yang bakal membintangi filem tersebut.

Pihak produksi kini sedang menghasilkan skrip filem dan kemungkinan ia akan menceritakan kisah tentang cinta remaja sepertimana ditonjolkan dalam filem pertama.

(Sumber artikel: India Today)
(Sumber foto: Amrita Rao & Sara Ali Khan Instagram)



Suggested Articles

Suniel-Shetty-jadi-jurulatih-seni-bela-diri-dalam-Pehlwaan Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 Aug 2019

Suniel Shetty jadi jurulatih seni bela diri dalam "Pehlwaan"

Aktor itu kembali berlakon selepas berehat dari bidang lakonan selama empat tahun.

Pakistan-Minta-Jawatan-Priyanka-Chopra-Sebagai-Duta-Keamanan-Digugurkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Pakistan Minta Jawatan Priyanka Chopra Sebagai Duta Keamanan Digugurkan

Perkara itu dilaporkan secara rasmi oleh Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan.

Suhana-Khan-Bintangi-Filem-Pendek-The-Grey-Part-of-Blue Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Suhana Khan Bintangi Filem Pendek "The Grey Part of Blue"

Aktres itu turut membuat persiapan bagi membintangi filem debut Bollywoodnya.

Karan-Johar-Salahkan-Diri-Sendiri-Atas-Kegagalan-Kalank Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Karan Johar Salahkan Diri Sendiri Atas Kegagalan "Kalank"

Pembikin filem itu juga bercadang untuk memberi ganti rugi kepada para pelabur.

Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Aug 2019

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.

Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Aug 2019

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.