CLOSE
CLOSE AD

Parineeti Chopra ingin bintangi filem aksi dengan Priyanka Chopra

  • 12 Jul 2019
Parineeti-Chopra-ingin-bintangi-filem-aksi-dengan-Priyanka-Chopra

Aktres Parineeti Chopra mendedahkan bahawa dia menyimpan hasrat untuk membintangi filem aksi bersama kakak saudaranya, Priyanka Chopra.

"Jika ada skrip yang sesuai, kami teringin untuk bekerjasama. Baru-baru ini saya ada menyatakan jika ada mana-mana penerbit atau pengarah yang ingin membikin filem aksi, kami teringin untuk melibatkan diri.

"Kami berdua juga sering berbincang untuk bekerja dalam filem yang sama tetapi skrip filem perlulah sesuai dengan apa yang kami inginkan," ujar Parineeti menerusi laporan dari The Indian Express.

Dilihat semakin bersinar dalam dunia Bollywood, Parineeti berkata dia tidak cuba untuk bersaing dengan Priyanka serta menganggap tiada siapa pun boleh menggantikan tempat kakak saudaranya itu.

Dalam perkembangan terbaru, Parineeti sedang menantikan tayangan filemnya bersama Sidharth Malhotra berjudul "Jabariya Jodi" yang bergenre aksi komedi romantik.

Dalam pada itu, dia juga menghadirkan diri ke majlis pelancaran lagu "Zila Hilela" bagi filem tersebut. Ia merupakan sebuah 'remake' kepada lagu "Ara Hile Chapre Hile".

Diarahkan oleh Prashant Singh, "Jabariya Jodi" menandakan gandingan semula Parineeti dan Sidharth selepas lima tahun sejak mereka berkolaborasi menerusi filem "Hasee Toh Phasee".

Diterbitkan oleh Ekta Kapoor, filem itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 2 Ogos depan.

(Sumber artikel: The Indian Express)
(Sumber foto: Parineeti Chopra Instagram)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.