CLOSE
CLOSE AD

Arjun Kapoor Bina Badan demi Filem "Panipat"

  • 11 Jul 2019
Arjun-Kapoor-Bina-Badan-demi-Filem-Panipat

Aktor Arjun Kapoor mendedahkan bahawa dia perlu menurunkan berat badan demi menjayakan wataknya dalam filem terbaru "Panipat".

Aktor filem "India's Most Wanted" itu berkata dia mengetahui yang peminat mengharapkan penampilannya sama seperti dalam filem sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, dia telah menjalani pelbagai latihan kecergasan bagi membina badannya semula sebagai persiapan bagi filem tersebut.

Dalam pada itu, Arjun turut mendedahkan bahawa dia pernah menghidap masalah kesihatan iaitu obesiti semasa zaman kanak-kanak.

"Saya mampu untuk kelihatan lebih baik. Saya perlu bersikap jujur dengan diri sendiri dan penonton yang akan mengeluarkan duit bagi menonton filem saya.

"Mereka berharap untuk melihat saya seperti sebelum ini. Namun saya pernah menghidap masalah kesihatan yang saya tidak pernah ceritakan iaitu masalah obesiti pada zaman kanak-kanak," jelasnya dalam laporan yang dipetik dari TimesNowNews.

Tambah aktor berusia 34 tahun itu lagi, dia kini kembali selepas berjaya menurunkan beberapa kilogram dan ternyata pengarah gembira dengan transformasinya.

Menerusi filem berlatar belakangkan peperangan itu, Arjun akan tampil membawa watak pewira, Sadashiv Rao Bhau yang berjuang dalam peperangan ketiga Panipat 1761.

Diarahkan oleh Ashutosh Gowariker, filem itu turut dibintangi Sanjay Dutt dan Kriti Sanon sebagai peneraju utama. Ia bakal ditayangkan pada 6 Disember 2019.

Dalam pada itu, Arjun bakal membintangi filem drama komedi berjudul "Sandeep Aur Pinky Faraar" di mana dia akan digandingkan bersama Parineeti Chopra.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Times Now News
Sumber foto: Bold Outline



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.