CLOSE
CLOSE AD

"Gully Boy" Menang Besar di Festival Filem Fantastik Bucheon Antarabangsa

  • 10 Jul 2019
Gully-Boy-Menang-Besar-di-Festival-Filem-Fantastik-Bucheon-Antarabangsa

Filem "Gully Boy" arahan Zoya Akhtar menang besar apabila berjaya merangkul Anugerah Rangkaian Promosi Pawagam Asia (NETPAC) di Festival Filem Fantastik Bucheon Antarabangsa (BIFAN).

Filem yang menampilkan Ranveer Singh dan Alia Bhatt itu turut ditayangkan di festival filem ke-23 tersebut, yang berlangsung dari 27 Jun hingga 7 Julai di Seoul, Korea Selatan.

Jawatankuasa juri NETPAC yang terdiri daripada ahli NETPAC dan pembikin filem profesional telah memilih filem terbaik Asia dari seksyen World Fantastic Blue, yang menampilkan genre baru termasuk komedi, fantasi dan drama.

Dengan kutipan mencecah USD37 juta, ia melayakkan filem itu menduduki tempat keempat bagi filem Bollywood pecah panggung di India.

Dalam pada itu, adik Zoya, Farhan Akhtar mengambil kesempatan untuk memberi ucapan tahniah kepada kakaknya dan semua kru terlibat atas kemenangan tersebut.

Selain itu, filem "Gully Boy" bakal ditayangkan di sebuah lagi acara besar iaitu Festival Filem India di Melbourne, Australia pada 10 Ogos.

"Saya sangat teruja melihat filem-filem India ditayangkan di luar negara. Sebagai seorang pembikin filem, ia adalah pengalaman yang istimewa.

"Saya juga berbesar hati dapat dijemput untuk menghadiri IFFM 2019 di Melbourne yang kaya dengan kepelbagaian budaya," ujar Zoya menerusi laporan dari Masala.

Diterbitkan pada 15 Februari lalu, filem itu berkisar mengenai liku-liku kehidupan dua orang penyanyi rap jalanan iaitu Murad Ahmed (Ranveer) dan kekasihnya Safeena Firdausi (Alia).

Di samping memenangi anugerah di BIFAN, baru-baru ini juga Zoya telah berjaya melayakkan diri ke Academy of Motion Picture Arts and Sciences yang menganjurkan anugerah Oscar.

(Sumber artikel: Masala)
(Sumber foto: Architectural Digest India)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.