CLOSE
CLOSE AD

Taapsee Pannu bakal tampil dalam filem "Thappad"

  • 09 Jul 2019
  • Tags:
Taapsee-Pannu-bakal-tampil-dalam-filem-Thappad

Aktres Taapsee Pannu akan kembali bekerja di bawah arahan Anubhav Sinha buat kali kedua bagi filem terbaru mereka berjudul "Thappad".

"Saya amat teruja untuk bekerjasama dengan Anubhav semula selepas filem "Mulk". Saya rasa "Mulk" adalah filem pertama yang memberi saya tanggungjawab besar.

"Dia percaya saya boleh menggalas tanggungjawab itu dan kini, melihat filem-filem seperti "Mulk", "Badla" dan "Game Over" mendapat sambutan yang baik, saya berasa lebih yakin untuk membawa watak sebegitu," ujarnya.

Sementara itu, bintang filem "Pink" itu telah mendedahkan tarikh tayangan filem "Thappad" menerusi fotonya bersama Anubhav yang dimuat naik di laman Instagram.

Seperti yang dilaporkan dalam IndiaToday, Taapsee akan memegang watak seorang wanita yang sudah berkahwin dan perlu menempuh cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.

Ia merupakan sebuah filem yang diinspirasi berdasarkan kisah benar mengenai Seksyen 498A Kanun Keseksaan, yang menyatakan jika seorang suami atau saudaranya berlaku kejam terhadap wanita, dia akan dipenjarakan atau berdepan hukuman mati.

Jadual penggambaran dijangka akan dimulakan pada hujung Ogos depan dan akan dijalankan di bandar Delhi.

Baru-baru ini juga, Tapsee telah menepis cemuhan yang diterima daripada seorang pengguna media sosial. Individu terbabit melabel Taapsee tidak handal berlakon serta menyuruh Anubhav mencari pelakon lain menggantikannya.

Filem "Thappad" akan menemui penonton di pawagam pada 8 Mac 2020 bersamaan dengan Hari Wanita Sedunia.

(Sumber artikel: India Today)
(Sumber foto: Bestwallpaper.com)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.