CLOSE
CLOSE AD

Rajkummar Rao bersifat spontan dalam memilih skrip

  • 09 Jul 2019
  • Tags:
Rajkummar-Rao-bersifat-spontan-dalam-memilih-skrip

Aktor Rajkummar Rao mendedahkan bahawa dia bersifat spontan dalam memilih skrip bagi filem yang ditawarkan kepadanya.

"Saya tidak berfikir panjang untuk memilih filem. Semua filem yang saya telah terlibat sehingga kini merupakan keputusan yang dibuat selepas hanya sekali membaca skrip.

"90 peratus daripada filem-filem tersebut berjalan dengan lancar," kata Rajkummar menerusi laporan yang dipetik dari TimesNowNews.

Tambahnya lagi, dia akan membaca skrip sekali lalu dan jika berminat, dia akan terus bersetuju untuk menerima tawaran tanpa terfikir untuk mengubah fikiran.

Aktor berusia 34 tahun ini sememangnya berkebolehan dan berbakat dalam menjayakan watak dari filem pelbagai genre.

Dalam perkembangan baru, Rajkummar akan membawa watak Keshav dalam filem kontroversi berjudul "Judgemental Hai Kya" terbitan Ekta Kapoor.

Rajkummar memberitahu bahawa ia adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk membawa wataknya walaupun perlu berdepan pelbagai cabaran ketika penggambaran.

Bagaimanapun, dia telah bekerja keras demi menjayakan watak tersebut serta berasa terhibur dapat memainkan peranan bagi karakter yang gila dan kelakar.

Menerusi filem yang telah diubah judul itu, Rajkummar akan berganding bersama aktres Kangana Ranaut, Amyra Dastur dan Jimmy Shergill.

"Judgemental Hai Kya" akan ditayangkan di pawagam pada 26 Julai ini.

(Sumber artikel: Times Now News)
(Sumber foto: GQ India)



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.