CLOSE
CLOSE AD

Tiada penggambaran filem di Delhi sehingga Ogos

  • 09 Jul 2019
  • Tags:
Tiada-penggambaran-filem-di-Delhi-sehingga-Ogos

Buat masa ini, tiada sebarang penggambaran filem dijalankan oleh mana-mana syarikat produksi di bandar Delhi, India berikutan cuaca musim panas yang melampau.

Menurut laporan dari TimesofIndia, kebanyakan jadual penggambaran, terutamanya di Universiti Delhi, terganggu akibat suhu cuaca yang tinggi sehingga mencecah 48 darjah celcius.

"Pada Jun lalu, tujuh orang kru produksi telah dimasukkan ke hospital selepas terjejas dengan suhu panas yang melampau ketika menjalani penggambaran sebuah iklan kempen di Red Fort.

"Bayangkan jika mereka adalah pelakon, pastu isu ini akan menjadi lebih besar. Pembikin filem mana yang berani untuk membuat penggambaran dengan cuaca sebegini?," ujar penerbit Ravi Sarin.

Walaupun terdapat beberapa penggambaran filem yang dijalankan pada Mac dan April, pembikin filem membuat persiapan dengan menyediakan minuman sejuk bagi memastikan kru terhidrasi.

Bagi mengelakkan risiko, pembikin filem membuat keputusan untuk menjalankan penggambaran pada musim sejuk atau pertengahan cuti semester di Universiti Delhi.

Seorang anggota polis Delhi mendedahkan terdapat beberapa orang pembikin filem telah meminta izin untuk menjalankan penggambaran di Kampus Utara universiti itu pada beberapa bulan lalu, namun terpaksa membatalkan jadual mereka.

Para penerbit juga menyatakan bahawa bulan yang sesuai untuk membuat penggambaran di Delhi adalah antara bulan Ogos dan Oktober.

Pada pertengahan April lalu, pembikin filem telah menamatkan jadual penggambaran "Kabir Singh", dibintangi Shahid Kapoor dan Kiara Advani, di kolej-kolej universiti tersebut.

(Sumber artikel: Times of India)
(Sumber foto: News24online)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".