CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar Jadi Saintis Dalam "Mission Mangal"

  • 08 Jul 2019
Akshay-Kumar-Jadi-Saintis-Dalam-Mission-Mangal

Aktor Akshay Kumar bakal menggalas watak seorang ahli saintis dalam filem sains fiksyen yang diinspirasi dari kisah benar iaitu "Mission Mangal".

"Selama beberapa tahun, Hollywood telah menerbitkan filem dan rancangan televisyen seperti "Star Trek", "Star Wars", "Gravity" dan banyak lagi.

"Sudah lama saya teringin menjadi sebahagian dari filem-filem sebegitu. "Mission Mangal" adalah filem yang sesuai untuk saya," ujar Akshay menerusi laporan dari Pinkvilla.

Menurut aktor itu, filem tersebut dihasilkan istimewa buat anak perempuannya serta kanak-kanak lain bagi mendedahkan kisah sebenar misi India ke Marikh kepada mereka.

Baru-baru ini, pembikin filem telah melancarkan poster rasmi pertama bagi filem tersebut yang menampilkan semua barisan pelakon utama di samping Akshay.

Satu sumber terdekat menyatakan watak Akshay adalah mentor yang menyatukan kumpulan saintis muda tersebut serta memberi motivasi untuk mereka mencapai misi.

Walaupun diinspirasi dari kisah benar, namun pembikin filem telah menambah sedikit kreativiti supaya ia lebih menarik apabila ditayangkan di pawagam.

Tambahan lagi, ia akan menampilkan pelbagai kesan visual khas bagi menghasilkan semua suasana di angkasa lepas dan pelancaran roket tersebut di skrin lebar.

"Mission Mangal" berkisar mengenai sebuah misi mengorbit planet Marikh termurah di dunia. Pelancaran Misi Orbit Marikh (Mangalyaan) itu telah berjaya dilakukan oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) selepas Roscosmos, NASA dan Agensi Angkasa Lepas Eropah.

Selain Akshay, barisan pelakon yang terbabit dalam filem itu ialah Vidya Balan, Sonakshi Sinha, Taapsee Pannu, Nithya Menon, Kirti Kulhari dan Sharman Joshi.

Diarahkan oleh Jagan Shakti, filem yang dinanti ramai itu bakal ditayangkan pada 15 Ogos depan, bersamaan dengan Hari Kemerdekaan India.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: Filmfare



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.