CLOSE
CLOSE AD

Ananya Panday Lancar Kempen Antibuli Siber

  • 08 Jul 2019
Ananya-Panday-Lancar-Kempen-Antibuli-Siber

Bagi memerangi dan menangani gejala buli siber, aktres Ananya Panday telah melancarkan kempen antibuli siber secara 'online'.

Kempen yang bertemakan 'So Positive' itu dijayakan bagi membuka mata masyarakat terhadap isu buli siber yang semakin berleluasa.

Selain itu, dia merasakan bahawa orang ramai perlu bertanggungjawab ke atas segala komen yang dimuat naik di media sosial.

Tegas Ananya, perbuatan sebegitu boleh memberi impak negatif kepada pihak lain terutamanya minda anak muda yang berada dalam usia transformatif.

Disoal mengenai kualifikasi akademiknya, aktres itu mendedahkan bahawa dia telah diterima masuk ke USC Annenberg School bagi menyambung pelajaran dalam kursus Komunikasi dan Media.

Menurut laporan dari MumbaiMirror, Ananya telah dituduh menipu mengenai kemasukannya ke universiti berprestij di Amerika Syarikat itu pada bulan lepas.

Berikutan perkara itu, dia telah memuat naik foto bersama dokumen-dokumen kolej di laman Instagram bagi menyangkal segala tuduhan yang ditujukan kepadanya.

"Sejujurnya, pihak yang suka menjatuhkan orang ini tidak layak diberi perhatian. Apabila insiden sebegitu berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan diri saya, malah keluarga dan ibu bapa saya juga.

"Mereka tahu anak mereka berusaha keras untuk diterima masuk ke kolej. Jadi apabila saya memuat naik foto itu, ia adalah untuk kepuasan kami sekeluarga," ujarnya.

Tambah aktres "Student of the Year 2" itu lagi, gejala buli siber ibarat suatu perkara biasa pada zaman ini dan ia telah memudaratkan ramai pihak.

Ananya berpendapat bahawa masyarakat tidak perlu mendapat pengesahan dari pengguna media sosial untuk melakukan sesuatu perkara yang diingini.

Aktres yang membuat debut bersama Tara Sutaria itu berkata dia suka akan persaingan sihat dan perkara demikian memotivasikan dirinya untuk bekerja lebih keras dalam kariernya.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: Ananya Panday Instagram



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.