CLOSE
CLOSE AD

Sidharth Malhotra impi jadi pembikin filem

  • 05 Jul 2019
  • Tags:
Sidharth-Malhotra-impi-jadi-pembikin-filem

Aktor Sidharth Malhotra mendedahkan bahawa dia menyimpan hasrat untuk menerbit filem selain menceburi bidang lakonan.

"Saya amat menggemari proses membikin filem dan saya sering terlibat dalam pelbagai peringkat proses produksi.

"Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pengarah kerana saya lebih selesa dengan kerjaya sebagai aktor. Saya mungkin bakal menerbitkan filem," ujarnya.

Tambah Sidharth lagi, kerjaya sebagai aktor bukanlah sesuatu yang mudah baginya kerana kehidupannya penuh dengan jatuh bangun.

Sidharth memandang perkara itu dari sudut positif dan menganggap ia sebagai ujian dalam memperkembangkan lagi kerjaya lakonannya.

Menurut laporan dari MumbaiMirror, Sidharth memilih untuk membawa watak berlainan bagi setiap filem yang dibintanginya.

Di samping itu, dia berharap penonton dapat menerima setiap lakonannya memandangkan dia cuba untuk memberikan sepenuh tenaga dalam menjayakan suatu watak.

Beralih ke perkembangan baru, Sidharth bakal membintangi filem terbitan Ekta Kapoor berjudul "Jabariya Jodi" bersama Parineeti Chopra.

Dia juga akan dilihat dalam filem aksi romantik, "Marjaavaan" di bawah terbitan Bhushan Kumar dan Nikkhil Advani.

Menerusi filem biopik terbitan Karan Johar, "Shershaah", Sidharth akan berperanan sebagai pegawai tentera India, Kapten Vikram Batra. Sebagai persiapan, dia telah menjalani latihan tentera pada April lalu.

(Sumber artikel: MumbaiMirror)
(Sumber foto: Elle India)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.