CLOSE
CLOSE AD

Kartik Aaryan & Sara Ali Khan bintangi sekuel "Aaj Kal"

  • 05 Jul 2019
  • Tags:
Kartik-Aaryan-Sara-Ali-Khan-bintangi-sekuel-Aaj-Kal

Kartik Aaryan akan digandingkan buat pertama kali di skrin lebar bersama Sara Ali Khan menerusi sekuel filem romantik berjudul "Aaj Kal".

Berita mengenai perkara tersebut telah diumumkan oleh pengarah Imtiaz Ali yang berkongsi foto kedua-dua aktor berkenaan di laman Instagram miliknya.

Filem pertamanya berjudul "Love Aaj Kal" ditayangkan pada tahun 2009 dan menampilkan Saif Ali Khan bersama Deepika Padukone sebagai peneraju utama.

Dalam pada itu, Kartik dan Sara yang selesai menjalani penggambaran di Himachal Pradesh baru-baru ini meluahkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam filem itu.

Menurut laporan yang dipetik dari IndiaToday, penggambaran yang berlangsung selama 66 hari itu telah memberi sejuta kenangan buat Sara.

"Terima kasih Imtiaz kerana merealisasikan impian saya. Saya sangat menghargai kesabaran dan pertimbangan yang anda terhadap saya setiap hari.

"Ia merupakan satu keistimewaan buat saya untuk berada di set yang saya akan hargai dan rindukan," luah aktres tersebut.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Kartik kerana memberi keselesaan dan menjaganya sepanjang penggambaran.

Beralih kepada Kartik, aktor itu juga mengambil peluang untuk memberi kata-kata penghargaan kepada pengarah serta pasangan pelakonnya itu.

"Aaj Kal" turut dibintangi Randeep Hooda akan ditayangkan pada 14 Februari 2020 bersamaan dengan Hari Valentine.

(Sumber artikel: IndiaToday)
(Sumber foto: Miss Malini & Outlook India)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".