CLOSE
CLOSE AD

Bhumi Pednekar mahu keluar dari zon selesa

  • 05 Jul 2019
  • Tags:
Bhumi-Pednekar-mahu-keluar-dari-zon-selesa

Aktres Bhumi Pednekar yang dilihat semakin aktif berlakon berkata dia ingin mencuba pelbagai watak yang berbeza bagi setiap filem.

Tegas Bhumi, dia tidak mahu kekal duduk dalam zon selesa dan kerap melakonkan watak yang sama dalam filem yang akan datang.

"Apa yang menyebabkan saya bersetuju untuk membintangi sesebuah filem adalah cabaran yang diberi kepada saya sebagai seorang pelakon.

"Saya teringin untuk belajar benda baru melalui setiap watak dan filem dan tidak mahu dilihat melakonkan watak sama," ujarnya dalam sebuah kenyataan media.

Menurut laporan yang dipetik dari Pinkvilla, Bhumi mengakui dia sering mencari watak yang berisiko dan mencabar serta memilih projek yang memerlukannya menggalas peranan penting.

Bhumi berasa teruja dapat membawa pelbagai watak berbeza bagi projek filemnya yang akan datang. Tambahnya, perkara itu dianggap sebagai motivasi untuk dia menandatangani sesebuah projek.

Bintang filem "Sonchiriya" itu turut bersyukur kerana diberi peluang berlakon oleh pelbagai pengarah berbakat yang memuji lakonannya.

Justeru, dia ingin menggalas tanggungjawab yang diberikan dan berharap dapat membuahkan hasil kerja yang boleh dibanggakan.

Dalam perkembangan baru, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran bagi biopik "Saand Ki Aankh" bersama Tapsee Pannu.

Selain itu, dia juga membawa watak penting bagi filem "Bala" di samping Ayushmann Khurrana, "Pati, Patni Aur Woh" bersama Kartik Aaryan dan Ananya Panday serta "Bhoot – Part One: The Haunted Ship" bersama Vicky Kaushal.

(Sumber artikel: Pinkvilla)
(Sumber foto: Bhumi Pednekar Wikimedia)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.