CLOSE
CLOSE AD

Kawalan keselamatan penggambaran filem "Inshallah" diperketatkan

  • 05 Jul 2019
  • Tags:
Kawalan-keselamatan-penggambaran-filem-Inshallah-diperketatkan

Bintang Bollywood Salman Khan dan Alia Bhatt bakal terlibat dengan penggambaran filem dinanti ramai berjudul "Inshallah".

Sesi penggambaran akan dijalankan di India Utara dan Varanasi yang merupakan lokasi bagi rumah watak Alia dalam filem tersebut.

Seperti yang dilaporkan menerusi DeccanChronicle, pengarah Sanjay Leela Bhansali turut menetapkan beberapa lokasi penggambaran di Uttarakhand.

Di samping lokasi tersebut, Bhansali juga memilih lokasi penggambaran di luar negara iaitu di pantai Miami dan Orlando, Florida.

Sehubungan dengan itu, pihak produksi akan memperketatkan kawalan keselamatan ketika penggambaran bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.

"Alia dan Salman merupakan bintang popular. Mereka sangat mudah dicam di seluruh dunia dan terdapat populasi India yang besar di Miami.

"Oleh itu, ianya sangat penting untuk mempunyai aturan keselamatan yang kukuh untuk mereka menjalankan penggambaran di sana," jelas satu sumber terdekat.

Tambah sumber itu lagi, penggambaran filem-filem Hollywood yang pernah dijalankan di situ juga mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.

Justeru, Bhansali mahukan kawalan keselematan filemnya setanding dengan piawaian Hollywood. Filem "Inshallah" bakal dirilis menjelang Aidilfitri tahun depan.

(Sumber artikel: DeccanChronicle)
(Sumber foto: Tribune & News24)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".