CLOSE
CLOSE AD

Sanjay Dutt Bakal Bintangi 'Remake' "Prasthanam"

  • 04 Jul 2019
Sanjay-Dutt-Bakal-Bintangi-Remake-Prasthanam

'Remake' Hindi bagi filem Telugu 2010, "Prasthanam", yang dibintangi aktor veteran Sanjay Dutt bakal ditayangkan pada 20 September tahun ini.

Selain berlakon, Sanjay berperanan sebagai penerbit bagi filem itu serta telah berkongsi poster bergerak filem yang turut mendedahkan tarikh rilisnya.

Sebelumnya, pembikin filem telah melancarkan poster rasmi filem beberapa minggu yang lepas, menampilkan Sanjay berpakaian etnik.

Sanjay mengumumkan berita berkenaan menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen berbunyi "Sebuah legasi berdasarkan kuasa, ketamakan, cinta dan kejahatan manusia!".

Pengarah filem asal iaitu Deva Katta akan kembali bagi mengarah filem 'remake' itu dan kini penggambaran sedang dijalankan di sekitar bandar Mumbai.

"Secara umumnya, tiada sebarang perubahan yang dilakukan kepada jalan ceritanya, kecuali membaik pulih sedikit.

"Filem ini sangat relevan dan saya telah menulis skripnya sementara segala dialog telah disediakan oleh Farhad," ujar pengarah itu menerusi laporan dari IndiaToday.

Filem asal telah berjaya menambat hati penonton dan menerima respon positif dari pengkritik filem serta mencapai kutipan pecah panggung semasa ditayangkan.

"Prasthanam" mengisahkan tentang seorang ahli politik yang dilanda pelbagai situasi dalam keluarganya.

Selain Sanjay, barisan aktor yang membintangi filem versi Hindi itu ialah Jackie Shroff, Chunky Pandey, Manisha Koirala, Amyra Dastur dan Ali Fazal.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: India Today
Sumber foto: Sanjay Dutt Instagram



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.