CLOSE
CLOSE AD

Kartik Aaryan diangkat sebagai duta Manyavar

  • 04 Jul 2019
  • Tags:
Kartik-Aaryan-diangkat-sebagai-duta-Manyavar

Aktor Kartik Aaryan yang semakin bersinar dalam dunia Bollywood telah diangkat menjadi duta fesyen etnik lelaki terkenal Manyavar.

Kartik juga dilihat semakin aktif dalam mempromosikan beberapa produk berjenama. Dia telah berkongsi berita tersebut menerusi entri di laman Instagram miliknya.

Sehubungan dengan itu, Kartik akan menyertai dua orang lagi duta jenama tersebut iaitu Virat Kohli dan Anushka Sharma dalam aktiviti promosi.

Menurut laporan TimesofIndia, Virat telah lama berkolaborasi dengan Manyavar dan berperanan untuk membantu Anushka dalam memperkenalkan pakaian perempuan jenama tersebut.

Jenama itu juga membuat pengumuman eksklusif dan kreatif mengenai kolaborasi dengan aktor terbabit dengan memuat naik gambar Kartik memakai pakaian mereka.

Kartik turut berkongsi perasaan teruja kepada para peminat kerana berpeluang menjadi muka hadapan jenama pakaian etnik itu.

Mengenai soal lakonan, Kartik akan membintangi sebuah filem romantik bersama Sara Ali Khan menerusi filem arahan Imtiaz Ali yang belum diberi judul.

Selain itu, dia juga akan berganding dengan Bhumi Pednekar dan Ananya Panday dalam filem "Pati Patni Aur Who" yang akan ditayangkan tahun ini.

(Sumber artikel: Times of India)
(Sumber foto: Kartik Aaryan Instagram)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.