CLOSE
CLOSE AD

"Judgemental Hai Kya" lancarkan dua treler baru

  • 04 Jul 2019
  • Tags:
Judgemental-Hai-Kya-lancarkan-dua-treler-baru

Penerbit Ekta Kapoor mengumumkan bahawa dua buah treler baru bakal dilancarkan bagi filem kontroversi "Judgemental Hai Kya".

Sebelumnya, filem yang dibintangi oleh Kangana Ranaut dan Rajkummar Rao berjudul "Mental Hai Kya" dan telah diubah selepas dilanda pelbagai kontroversi.

Ekta berkongsi pengumuman tersebut menerusi laman Twitter dengan memuat naik poster baru menampilkan Rajkummar Rao.

Penerbit itu turut memuat naik sebuah lagi poster karakter bagi Kangana Ranaut dengan kapsyen bertulis "Dua pelakon hebat, satu kisah misteri pembunuhan! Satu thriller menakjubkan! Treler akan dilancarkan tidak lama lagi".

Sepertimana filem Bollywood lain, "Judgemental Hai Kya" sepatutnya dilancarkan di Mumbai namun selepas dilanda cuaca hujan lebat, ia akan dilancarkan di New Delhi.

Menurut laporan dari IndiaToday, Rajkummar yang berada di New Delhi untuk penggambaran tidak dapat berangkat ke Mumbai untuk pelancaran treler filem akibat cuaca buruk.

"Walaupun hujan di Mumbai mulai reda, servis di lapangan terbang masih tergendala. Pembikin filem telah bercadang untuk meneruskan sahaja pelancaran treler di Mumbai tanpa Rajkummar.

"Jadi sementara Kangana melancarkan treler filem di Mumbai, Raj akan melakukan perkara sama di Delhi," jelas satu sumber terdekat.

Baru-baru ini juga, Kangana telah menghadiri mesyuarat dengan Pusat Lembaga Pensijilan Filem (CBFC) untuk memastikan segala usaha menjayakan filem itu berjalan dengan lancar.

Filem tersebut turut diberi sijil U/A dan sebuah pengumuman mengenai penukaran judul akan dibuat secara rasmi oleh pembikin filem tidak lama lagi.

(Sumber artikel: India Today)
(Sumber foto: Ekta Kapoor Twitter)



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.