CLOSE
CLOSE AD

Taapsee Pannu setuju bintangi biopik terbaru

  • 04 Jul 2019
  • Tags:
Taapsee-Pannu-setuju-bintangi-biopik-terbaru

Aktres Taapsee Pannu telah dipilih untuk membintangi sebuah biopik terbitan Viacom 18 mengenai bintang kriket antarabangsa, Mithali Raj.

Projek filem itu telah diumumkan sejak 2017 dan pembikin filem akhirnya memberi tawaran kepada Taapsee memandangkan dia banyak berlakon dalam filem berkenaan sukan.

Sebelumnya, Taapsee dilihat bermain hoki menerusi filem "Soorma". Walaupun bersetuju, Taapsee masih belum menandatangani sebarang perjanjian rasmi projek.

"Segala proses akan bermula sebaik sahaja studio itu mempunyai pengarah. Mereka telah menetapkan jalan cerita tetapi skrip filem masih belum siap sepenuhnya.

"Penggambaran dijangka akan dimulakan pada tahun depan," jelas satu sumber terdekat menerusi laporan dari Pinkvilla.

Taapsee perlu menjalani beberapa sesi latihan bermain kriket sebagai persediaan melakonkan wataknya dalam filem tersebut.

Berbicara mengenai wataknya, Taapsee masih belum boleh mengulas dengan lebih lanjut memandangkan skrip filem masih belum disiapkan.

Tambahnya lagi, dia berasa teruja menerima tawaran tersebut kerana dia sentiasa menyimpan hasrat untuk membintangi biopik sukan.

Dalam perkembangan lain, Taapsee akan dilihat berganding bersama Bhumi Pednekar menerusi biopik sukan "Saand Ki Aankh".

Menerusi filem itu, Taapsee dan Bhumi akan berperanan sebagai atlet penembak tertua di dunia iaitu Chandro Tomar dan adik iparnya Prakashi Tomar.

(Sumber artikel: Pinkvilla)
(Sumber foto: Taapsee Pannu Twitter)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.