CLOSE
CLOSE AD

Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone kembali bergandingan

  • 04 Jul 2019
  • Tags:
Ranbir-Kapoor-dan-Deepika-Padukone-kembali-bergandingan

Selepas hampir tiga tahun tidak bergandingan, dua bintang popular Bollywood iaitu Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone bakal kembali bergandingan dalam filem romantik terbaru yang masih belum mempunyai judul.

Sebelum ini kedua-dua mereka pernah bergandingan dalam filem "Tamasha" dan "Yeh Jawaani Hai Deewani".

Filem terbaru ini akan diarahkan oleh Luv Ranjan yang mana ia akan turut menyaksikan kali pertama Ajay Devgan dan Ranbir Kapoor tampil dalam filem sama.

Berita mengenai gandingan kedua-dua bintang popular itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai berikutan kedua-dua mereka ini pernah bercinta satu ketika dahulu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Deepika kemudian telah berkahwin dengan pelakon Ranveer Singh baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut satu sumber filem arahan Luv Ranjan ini sepatutnya dibintangi oleh Alia Bhatt tetapi akibat daripada kekangan masa dia tidak dapat terlibat.

"Selain itu, Alia dan Ranbir juga telah membuat keputusan untuk tidak lagi bergandingan selepas "Brahmastra", dan ini mungkin menjadi salah satu penyumbang kepada mengapa Alia tidak mahu bintangi filem ini," ujarnya yang dipetik dari Masala.

(Sumber: Masala)

(Sumber foto: Cutacut.com)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.