CLOSE
CLOSE AD

Vidya Balan Bakal Buat 'Cameo' Dalam Filem "Ludo"?

  • 01 Jul 2019
Vidya-Balan-Bakal-Buat-Cameo-Dalam-Filem-Ludo

Aktres Vidya Balan dilaporkan telah diberi tawaran untuk membuat 'cameo' dalam filem arahan Anurag Basu berjudul "Ludo".

Filem yang dibintangi Rajkummar Rao, Abhishek Bachchan, Fatima Sana Shaikh, Sanya Malhotra dan Aditya Roy Kapoor itu adalah sekuel kepada filem "Life In A Metro" yang diterbitkan pada 2007.

Seperti yang dilaporkan oleh IndiaToday, filem "Ludo" akan mempunyai empat buah kisah pendek yang diceritakan oleh seorang narator. Vidya mungkin akan berperanan sebagai narator filem tersebut.

"Vidya akan mempunyai peranan istimewa dalam filem itu. Ia lebih kepada 'cameo' tetapi butiran lanjut tentang kisah mana yang akan diceritakan olehnya masih belum diketahui.

"Selain itu, pembikin filem turut mahukan seorang aktor untuk menjadi narator bagi kesemua kisah namun mereka enggan mengulas lebih lanjut," ujar sebuah sumber terdekat.

Tambah sumber itu lagi, Vidya dan Anurag telah lama bersahabat baik selama beberapa tahun. Vidya terus bersetuju apabila Anurag menawarkannya watak tersebut.

Dalam pada itu, filem "Ludo" menandakan kolaborasi pertama Anurag bersama aktor Abhishek Bachchan. Abhishek juga terus memberi persetujuan selepas meneliti skrip filem.

Anurag yang berasa senang hati dengan perkara itu turut memuji kehebatan lakonan aktor tersebut dan telah lama menyimpan hasrat untuk bekerja bersamanya.

Dalam perkembangan baru, Vidya akan memulakan penggambaran biopik mengenai Shakuntala Devi selain membintangi filem "Mission Mangal" yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: India Today
Sumber foto: Filmfare



Suggested Articles

Kangana-Ranaut-Anggap-Belajar-Bahasa-Tamil-Satu-Cabaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Kangana Ranaut Anggap Belajar Bahasa Tamil Satu Cabaran

Aktres itu perlu memahirkan bahasa Tamil bagi filem biopik "Thalaivi".

Akshay-Kumar-Dan-Rohit-Shetty-Bermasam-Muka-Di-Set-Sooryavanshi Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Akshay Kumar Dan Rohit Shetty Bermasam Muka Di Set "Sooryavanshi"?

Kedua-dua aktor dan pembikin filem itu telah menafikan berita tersebut.

R-Madhavan-Bhumi-Pednekar-Bakal-Bergandingan-Dalam-Bhaagamathie Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

R. Madhavan & Bhumi Pednekar Bakal Bergandingan Dalam "Bhaagamathie"

Kedua-dua itu akan bintangi filem 'remake' Telugu diterbitkan Akshay Kumar.

Imtiaz-Ali-bakal-realisasikan-biopik-mengenai-Madhubala Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Imtiaz Ali bakal realisasikan biopik mengenai Madhubala

Pembikin filem itu telah mendapatkan hak cipta untuk meneruskan projek tersebut.

Amitabh-Bachchan-umum-rehat-panjang-dari-lakonan Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Amitabh Bachchan umum rehat panjang dari lakonan

Aktor veteran itu terpaksa berbuat demikian berikutan masalah kesihatannya yang kronik.

Ananya-Panday-terus-menentang-isu-pembulian-siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Ananya Panday terus menentang isu pembulian siber

Aktres itu ingin orang ramai mengambil perhatian terhadap isu yang semakin tular tersebut.