CLOSE
CLOSE AD

Tamannaah Bhatia ganti Mouni Roy dalam "Bole Chudiyan"

  • 28 Jun 2019
  • Tags:
Tamannaah-Bhatia-ganti-Mouni-Roy-dalam-Bole-Chudiyan

Aktres Tamannaah Bhatia telah dipilih untuk menggantikan Mouni Roy dalam filem yang dibintangi oleh Nawazuddin Siddiqui, "Bole Chudiyan".

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Mouni Roy telah mencetus kontroversi apabila didakwa bersikap tidak profesional oleh pembikin filem dan telah digugurkan dari filem tersebut.

Justeru itu, pembikin filem tidak melengahkan masa dan terus mencari aktres lain menggantikan Mouni bagi menerajui watak wanita utama.

"Saya berasa sangat teruja dipilih untuk menjadi sebahagian dari projek ini. Skripnya juga sesuai dengan jalan cerita filem.

"Ini merupakan kali pertama saya dapat mencuba membawa watak yang mempunyai kepelbagaian dalam sebuah filem Bollywood terkenal," ujar Tamannaah dengan gembira.

Menerusi laporan yang dipetik dari TheIndianExpress, "Bole Chudiyan" menandakan debut pengarah Shamas Nawab Siddiqui yang merupakan adik kepada Nawazuddin.

Bercakap mengenai pemilihan Tamannaah dalam filem itu, Shamas memuji dedikasi serta melihat kesungguhan dalam diri aktres tersebut.

Pengarah itu turut menyambut penglibatan aktres berbakat itu dalam filemnya menerusi status yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.

Diterbitkan oleh Rajesh Bhatia dan Kiran Bhatia, penggambaran filem romantik "Bole Chudiyan" hanya akan dilakukan di satu lokasi sahaja untuk keseluruhan filem.

Lokasi penggambaran filem akan dijalankan di Rajasthan. Selain Nawazuddin dan Tamannaah, pembikin filem Anurag Kashyap akan turut membuat 'cameo' dalam filem itu.

(Sumber artikel: The Indian Express)
(Sumber foto: Indulge Express)



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.