CLOSE
CLOSE AD

Shahid Kapoor dan Ishaan Khatter bakal bergandingan

  • 28 Jun 2019
  • Tags:
Shahid-Kapoor-dan-Ishaan-Khatter-bakal-bergandingan

Aktor Shahid Kapoor bakal digandingkan dengan adik tirinya Ishaan Khatter dalam sebuah filem bergenre aksi pengembaraan.

Filem yang belum mempunyai judul itu bakal diarahkan oleh Ram Madhavani, yang pernah mengarah filem "Neerja" 2016 dibintangi Sonam Kapoor.

"Filem itu adalah drama aksi berdasarkan pengembaraan. Shahid akan berlakon sebagai seorang atlet sukan penunggang motosikal lasak.

"Shahid telah bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. Sesi penggambaran dijangka akan dimulakan pada Januari tahun depan," ujar satu sumber terdekat.

Laporan dari IndiaToday menyatakan filem itu berkisar mengenai dua orang adik beradik lelaki, penerbit filem telah memberi tawaran kepada adik tiri Shahid untuk menjayakan watak itu.

Tambah sumber itu lagi, Shahid sangat teruja apabila mendapat tahu tentang perkembangan tersebut dan Ishaan juga tertarik dengan skrip filem.

Pembikin filem berpendapat bahawa kedua-dua mereka sangat sesuai digandingkan bagi watak berkenaan memandangkan filem itu penuh dengan emosi.

Dalam perkembangan lain, selepas "Kabir Singh", Shahid dilaporkan bercadang untuk membintangi 'remake' filem sukan Telugu berjudul "Jersey".

Filem "Jersey" bakal diterbitkan di bawah syarikat produksi Nikkhil Advani dan kerjasama syarikat milik Karan Johar iaitu Dharma Productions.

(Sumber artikel: India Today)

(Sumber foto: Magzter & Eastern Eye)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Tarik-Diri-Dari-Filem-Bhuj-The-Pride-of-India Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Parineeti Chopra Tarik Diri Dari Filem "Bhuj: The Pride of India"

Aktres itu terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan dua buah projek lain.

Kangana-Ranaut-Anggap-Belajar-Bahasa-Tamil-Satu-Cabaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Kangana Ranaut Anggap Belajar Bahasa Tamil Satu Cabaran

Aktres itu perlu memahirkan bahasa Tamil bagi filem biopik "Thalaivi".

Akshay-Kumar-Dan-Rohit-Shetty-Bermasam-Muka-Di-Set-Sooryavanshi Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Akshay Kumar Dan Rohit Shetty Bermasam Muka Di Set "Sooryavanshi"?

Kedua-dua aktor dan pembikin filem itu telah menafikan berita tersebut.

R-Madhavan-Bhumi-Pednekar-Bakal-Bergandingan-Dalam-Bhaagamathie Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

R. Madhavan & Bhumi Pednekar Bakal Bergandingan Dalam "Bhaagamathie"

Kedua-dua itu akan bintangi filem 'remake' Telugu diterbitkan Akshay Kumar.

Imtiaz-Ali-bakal-realisasikan-biopik-mengenai-Madhubala Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Imtiaz Ali bakal realisasikan biopik mengenai Madhubala

Pembikin filem itu telah mendapatkan hak cipta untuk meneruskan projek tersebut.

Amitabh-Bachchan-umum-rehat-panjang-dari-lakonan Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Nov 2019

Amitabh Bachchan umum rehat panjang dari lakonan

Aktor veteran itu terpaksa berbuat demikian berikutan masalah kesihatannya yang kronik.