CLOSE
CLOSE AD

Farhan Akhtar lakon watak peninju dalam "Toofan"

  • 29 Jun 2019
  • Tags:
Farhan-Akhtar-lakon-watak-peninju-dalam-Toofan

Aktor Farhan Akhtar kini sibuk berlatih kecergasan diri sebagai persiapan untuk berlakon dalam filem drama sukan terbarunya.

Filem yang diberi judul "Toofan" itu menampilkan Farhan sebagai watak seorang peninju profesional dan aktor itu perlu membina badan bagi menjayakan watak tersebut.

Selain berlatih untuk meningkatkan kecergasan dan membina badan, Farhan juga perlu menjaga pemakanan harian yang seimbang.

Menerusi laman Instagram miliknya, bintang filem "Gully Boy" itu dilihat aktif memuat naik rutin hariannya di gim di mana dia sedang berlatih kemahiran tinju.

Filem "Toofan" akan diarahkan oleh Rakeysh Omprakash Mehra yang pernah bekerja dengan Farhan sebelum ini menerusi filem pecah panggung "Bhaag Milka Bhaag".

"Bhaag Milka Bhaag" merupakan sebuah biopik yang mengisahkan kehidupan atlet Olimpik Milkha Singh. Filem tersebut juga berjaya memenangi beberapa anugerah besar.

Menurut laporan yang dipetik dari HindustanTimes, filem "Toofan" bukanlah sebuah biopik tetapi lebih kepada sebuah cerita fiksyen.

Beralih ke perkembangan lain, Farhan akan membintangi filem "The Sky Is Pink" arahan Shonali Bose. Filem itu turut menampilkan bintang terkenal Priyanka Chopra dan Zaira Wasim.

Pada awal Februari lalu juga Farhan dilihat berlakon dalam filem komedi arahan Anand Surapur berjudul "The Fakir of Venice" bersama aktor Annu Kapoor dan Kamal Sidhu.

(Sumber artikel: Hindustan Times)

(Sumber foto: GQ India)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.