CLOSE
CLOSE AD

Vicky Kaushal ubah penampilan dalam filem terbaru

  • 27 Jun 2019
  • Tags:
Vicky-Kaushal-ubah-penampilan-dalam-filem-terbaru

Aktor Vicky Kaushal akan muncul dengan penampilan baru dalam sebuah filem baru arahan Meghna Gulzar.

Menurut laporan dari IndiaToday, filem itu berkisar mengenai kehidupan pegawai tentera India berpangkat marshal, Sam Manekshaw.

Sam Manekshaw dikenali sebagai Sam Bahadur atau dalam erti kata lain, 'Sam the Brave' dan merupakan Ketua Staf Angkatan Tentera Darat India semasa Perang India-Pakistan 1971.

Beliau yang meninggal dunia pada 11 tahun lalu adalah pegawai tentera India pertama yang dinaikkan pangkat marshal.

"Saya berasa sangat berbesar hati, emosi dan bangga menerima peluang untuk menceritakan kisah hebat Sam Manekshaw.

"Saya ingin memberi penghormatan pada ulang tahun kematian beliau hari ini (27 Jun) serta memulakan projek baru bersama Meghna dan Ronnie Screwvala," ujar Vicky menerusi entri Instagram miliknya.

Ini merupakan kali kedua Vicky bekerjasama dengan Meghna dalam pembikinan filem. Sebelum ini, mereka telah menjayakan filem "Raazi" yang diterbitkan tahun lalu.

Meghna yang baru sahaja menamatkan penggambaran "Chhapaak" bersama Deepika Padukone turut mendedahkan bahawa Vicky bersetuju untuk menerima tawaran berlakon sebagai Sam Manekshaw sebelum membaca skrip filem itu.

Pada ketika itu, Vicky ingin berangkat ke Amerika Syarikat namun Meghna menegaskannya untuk membaca skrip terlebih dahulu.

Tambah pengarah itu lagi, filem tersebut bukanlah sebuah biopik kerana jalan ceritanya tidak disusun mengikut kronologi kehidupan Sam Manekshaw. Penggambaran filem dijangka akan dimulakan pada 2021.

Dalam perkembangan lain, Vicky akan membintangi dua buah filem baru iaitu "Bhoot – Part One: The Haunted Ship" dan "Sardar Udham Singh".

(Sumber artikel: India Today)

(Sumber foto: Vicky Kaushal Instagram)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.