CLOSE
CLOSE AD

Kartik Aaryan dan Janhvi Kapoor disahkan bintangi "Dostana 2"

  • 27 Jun 2019
  • Tags:
Kartik-Aaryan-dan-Janhvi-Kapoor-disahkan-bintangi-Dostana-2

Spekulasi mengenai "Dostana 2" akhirnya terjawab apabila Kartik Aaryan dan Janhvi Kapoor disahkan bakal membintangi filem sekuel tersebut.

Sebelum ini, penerbit filem terkenal Karan Johar telah memberi sedikit 'teaser' kepada para peminat dengan memuat naik sebuah video bagi mengumumkan projek terbarunya.

Menerusi video tersebut, peminat dapat menjangkakan Karan bercakap mengenai sebuah sekuel kepada filem romantik komedi "Dostana" 2008.

Filem pecah panggung yang berjaya memenangi beberapa anugerah itu dibintangi oleh Abhishek Bachchan, John Abraham dan Priyanka Chopra sebagai peneraju utama.

"Saya amat teruja untuk menerbitkan francais "Dostana" bersama Kartik dan Janhvi. Ini merupakan filem pertama Kartik di bawah Dharma Productions dan kami sangat berbesar hati untuk bekerja dengannya.

"Kami juga bakal memperkenalkan seorang lagi pelakon lelaki sebagai peneraju utama yang akan menyertai produksi kami," ulas Karan menerusi laporan dari TimesofIndia.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan watak seorang lagi peneraju utama akan digalas oleh Rajkummar Rao namun belum ada pengumuman rasmi bagi perkara itu.

Colin D'Cunha juga akan membuat debut sebagai pengarah menerusi "Dostana 2". Colin pernah menjadi penolong pengarah bagi filem "Sanju" dan "Secret Superstar".

Dalam perkembangan lain, Kartik kini sedang terlibat dengan penggambaran "Love Aaj Kal 2" bersama Sara Ali Khan dan sebuah 'remake' filem 1978 berjudul "Pati, Patni Aur Who".

Beralih kepada Janhvi pula, aktres itu akan membintangi beberapa buah filem baru seperti "Takht", biopik Ganjen Saxena "Kargil Girl" dan "RoohiAfza".

(Sumber artikel: Times of India)

(Sumber foto: Masala! & Vogue India)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.