CLOSE
CLOSE AD

Shahid Kapoor bakal bintangi filem 'remake' "Jersey"

  • 26 Jun 2019
Shahid-Kapoor-bakal-bintangi-filem-remake-Jersey

Shahid Kapoor merupakan aktor pilihan Karan Johar untuk terajui 'remake' "Jersey".

Pembikin filem Karan Johar bakal membikin semula filem Telugu popular lakonan Nani berjudul "Jersey" dalam versi Hindi.

Karan telah mendapatkan hak cipta rasmi bagi membikin filem drama sukan tersebut dan bercadang untuk mengambil Shahid Kapoor sebagai peneraju utama.

Bagaimanapun buat masa ini ia hanyalah sekadar spekulasi dan pembikin filem bercadang untuk membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mereka menetapkan semua pelakon dan kru.

Filem arahan Gautam Tinnanuri itu berkisar mengenai seorang pemain kriket berusia 36 bernama Arjun yang menempa nama dalam karier sukannya.

Kisah hidup Arjun yang diceritakan dalam filem berkenaan berjaya menambat hati penonton dan mencapai kutipan pecah panggung Tollywood tahun ini.

"Jersey" bukanlah sebuah drama sukan yang biasa sebaliknya ia adalah suatu filem yang penuh emosi sehingga membuatkan sesetengah penonton mengalirkan air mata.

Filem tersebut juga menandakan debut heroin filem "Vikram Vedha" Shraddha Srinath dalam industri filem Telugu.

Beralih ke perkembangan lain, Karan kini sedang sibuk menjayakan produksi filem terbarunya berjudul "Takht" yang bakal dirilis pada penghujung 2020.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Kareena Kapoor Khan, Ranveer Singh, Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Janhvi Kapoor, Anil Kapoor dan Boney Kapoor.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: India Today
Sumber foto: Rediff & Falguni Shane Peacock



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.