CLOSE
CLOSE AD

Alia Bhatt bakal muncul dengan saluran YouTube sendiri

  • 26 Jun 2019
Alia-Bhatt-bakal-muncul-dengan-saluran-YouTube-sendiri

Mengikuti arus perdana yang semakin canggih dengan teknologi, kini aktres Alia Bhatt bakal membuat saluran YouTube miliknya sendiri.

Walaupun mempunyai jutaan pengikut di akaun laman sosial yang lain, saluran barunya akan menceritakan jatuh bangun dirinya sebagai bintang Bollywood.

Menerusi saluran tersebut juga Alia akan berkongsi cerita di sebalik setiap foto dan rakaman video yang dia telah muat naik di laman sosial.

"Apa yang dimuat naik di Twitter dan Instagram Alia adalah perkara yang sudah berlaku. Salurannya akan mempamerkan bagaimana dia bekerja dengan kru di sebalik tabir.

"Biarpun ia adalah majlis promosi filem mahupun majlis perkahwinan rakan, dia akan kongsikan bagaimana persiapan dan apa yang akan dilakukan dari aspek profesional," jelas satu sumber terdekat.

Tidak cukup dengan itu, bintang filem "Kalank" itu akan turut berkongsi aktiviti harian dan rutin yang dibuat jika tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

Seperti yang dilaporkan dalam DNAIndia, saluran itu akan membawa penonton melihat sendiri kehidupan sebenar Alia sebagai aktres yang tampil di skrin lebar dan saluran media.

Aktres berusia 26 tahun itu akan memuat naik vlog mengenai acara dan majlis besar serta tips kecantikan, fesyen, kesihatan dan rahsia diet.

Sumber itu mendedahkan Alia bakal berkongsikan rakaman video tentang latihan dan rejim kecergasan dan jenis diet yang diamalkannya.

Dalam soal lakonan, Alia akan muncul dalam beberapa filem baru yang akan datang termasuk "RRR", "Sadak 2", "Brahmastra", "Inshallah" dan "Takht".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: DNA India
Sumber foto: The Statesman



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.