CLOSE
CLOSE AD

Saif Ali Khan pegang watak sebagai diplomat India dalam filem terbaru

  • 26 Jun 2019
Saif-Ali-Khan-pegang-watak-sebagai-diplomat-India-dalam-filem-terbaru

Aktor Saif Ali Khan telah dipilih untuk menerajui filem yang diadaptasi dari kisah benar yang berjudul "Uzma Ahmed".

Pada Mac lalu, pembikin filem Sameer Dixit, Jatish Varma and Girish Johar telah mendapatkan hak cipta rasmi untuk menghasilkan filem tersebut.

Filem itu berkisar mengenai seorang gadis Delhi bernama Uzma Ahmed yang jatuh hati kepada Tahir Ali, seorang pemandu teksi dari Pakistan semasa bercuti di Malaysia.

Uzma kemudiannya mengikut Tahir ke kediamannya di Buner, kawasan pedalaman di Khyber Pakhtunkhwa di mana dia mendapat tahu lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Malangnya, Uzma telah dipaksa untuk berkahwin dengan Tahir kerana diugut menggunakan senjata. Dia mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan seksual selama sebulan berada di negara itu.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India di Islamabad, JP Singh telah ditugaskan untuk membawa Uzma pulang di bawah bimbingan Menteri Hal Ehwal Luar Sushma Swaraj.

Menurut laporan dari MumbaiMirror, Saif akan membawa watak JP Singh dalam filem yang bakal diarahkan oleh Shivam Nair itu.

Sumber terdekat mendedahkan Saif telah membuat persiapan bagi jadual penggambaran yang akan datang. Tambahnya lagi, Saif tertarik dengan skrip filem tersebut sejurus membacanya.

"Pihak produksi telah bertemu Saif bagi perbincangan serta menunjukkan skrip filem dan dia telah bersetuju untuk menjadi sebahagian dari projek itu.

"Dia akan membuat penampilan dengan gaya yang berbeza dalam projek yang dijangka bermula pada bulan Februari atau Mac tahun depan," jelas sumber itu dengan lebih lanjut.

Kini pembikin filem sedang mencari pelakon wanita terkenal untuk menerajui watak Uzma. Proses pra produksi telah dimulakan dan kesemua pelakon akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, Saif kini berada di London untuk menjalani penggambaran filem di bawah produksinya berjudul "Jawaani Jaaneman".

Filem arahan Nitin Kakkar itu merupakan debut lakonan anak kepada Pooja Bedi, Alaia F. Penggambaran itu berlangsung selama 45 hari di seluruh bandar London.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: Biz Asia



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".