CLOSE
CLOSE AD

"Kesari" Bakal Ditayangkan di Jepun Pada Ogos Nanti

  • 26 Jun 2019
Kesari-Bakal-Ditayangkan-di-Jepun-Pada-Ogos-Nanti

Selepas mencatat kutipan yang tinggi semasa tayangannya pada tahun ini, filem "Kesari" bakal ditayangkan di negara matahari terbit, Jepun pada 16 Ogos nanti.

Filem berunsur sejarah itu berkisar mengenai Perang Saragarhi di mana seramai 21 tentera Sikh bertempur dengan 10,000 tentera Afghanistan pada tahun 1897.

Akshay Kumar merupakan peneraju utama filem itu dan membawa watak Havildar Ishar Singh serta digandingkan bersama aktres Parineeti Chopra.

Aktor berusia 51 tahun itu mengumumkan berita tersebut menerusi laman Twitter bahawa filemnya akan dirilis di Jepun sehari selepas Hari Kebangsaan India. Dia turut berkongsi poster filem "Kesari" dalam versi Jepun.

Syarikat produksi Zee Studios International telah membawa masuk filem tersebut di 55 buah wilayah di seluruh dunia sebelum Jepun.

Ia merupakan filem kedua Akshay Kumar yang dibawa masuk ke Jepun selepas filem komedi arahan R. Balki "Pad Man" yang diterbitkan pada tahun lepas.

Ketua Sindikasi Global dan Pengedaran Filem Antarabangsa Zee Studios, Vibha Chopra berkata "Kesari" adalah kisah yang sesuai ditonton di serata dunia dan kejayaannya mencapai kutipan pecah panggung membuktikan perkara tersebut.

"Pasaran Jepun bukanlah tradisional atau bersifat arus perdana seperti mana pasaran di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Timur Tengah.

"Kami sangat teruja untuk melihat bagaimana reaksi orang-orang di sana selepas menonton filem kegemaran global ini," ujar Chopra dalam laporan MyNation.

Dalam perkembangan baru, Akshay akan dilihat membintangi filem seperti "Good News", "Mission Mangal" dan "Sooryavanshi".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: My Nation
Sumber foto: Cinema Express



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.