CLOSE
CLOSE AD

Atlet Dutee Chand Mahu Kangana Ranaut Bintangi Biopiknya

  • 26 Jun 2019
Atlet-Dutee-Chand-Mahu-Kangana-Ranaut-Bintangi-Biopiknya

Selepas menjadi tumpuan ramai pembikin filem untuk sebuah biopik, bintang Olimpik Dutee Chand ingin Kangana Ranaut untuk membintanginya.

Atlet larian itu merupakan wanita India terpantas yang berjaya mencatat rekod 11.24 saat dalam larian 100 meter.

"Saya telah mendapat banyak permintaan dari pembikin filem yang berminat untuk membikin filem biopik tentang saya namun saya masih belum memberi jawapan.

"Selain Anil Kapoor dan Rakeysh Mehra, ramai juga pelakon lain yang telah menghubungi saya," ujar atlet itu menerusi laporan dari IndiaToday.

Bila disoal mengenai aktres yang ingin dilihat memegang wataknya, Dutee memuji lakonan Priyanka Chopra dalam filem "Mary Kom".

Tambahnya lagi, dia masih belum menentukan siapa aktres yang sesuai namun merasakan Kangana boleh berlakon sebagai dirinya di skrin lebar.

Kangana berasa senang hati apabila Dutee memilih dirinya untuk membintangi filem biopik yang masih belum ditentukan penerbitnya itu.

Beralih ke perkembangan terbaru, Kangana sedang menantikan tayangan filem kontroversi "Mental Hai Kya" di mana dia digandingkan bersama Rajkummar Rao.

Dia juga akan membintangi filem drama sukan arahan Ashwiny Iyer Tiwari berjudul "Panga" serta sebuah biopik mengenai ahli politik Jayalalithaa.

Biopik berjudul "Jaya" itu akan diterbitkan dalam dua versi iaitu Tamil dan Hindi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: India Today
Sumber foto: India Words



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.