CLOSE
CLOSE AD

Parineeti Chopra Dilantik Duta Kempen Pelancongan Australia

  • 25 Jun 2019
Parineeti-Chopra-Dilantik-Duta-Kempen-Pelancongan-Australia

Parineeti Chopra sekali lagi menempa nama apabila dia telah menjadi wanita India pertama yang diangkat sebagai duta kempen pelancongan Australia.

Menurut laporan dari BollywoodHungama, Parineeti dikenali sebagai 'Friends of Australia' iaitu kata nama lain bagi duta yang digunakan oleh pihak berkuasa di sana.

Laporan Pemasaran Hiburan India menyatakan pelancong India ke Australia telah meningkat naik sebanyak 21 peratus dalam masa enam bulan sejak Parineeti menjadi duta.

Parineeti dilihat semakin aktif dalam menjadi ahli kempen bagi Pelancongan Australia dan sentiasa mencuba untuk menyampaikan komitmen itu dengan caranya tersendiri.

Pelakon filem "Kesari" itu telah menjadi 'Friends of Australia' sejak tiga tahun lepas dan telah banyak menyumbang kepada masyarakat India untuk memilih Australia sebagai destinasi pelancongan mereka.

Di samping itu, dia turut mempromosikan filem-filem berkenaan Australia kepada pelancong India secara kreatif serta menyanyikan sebuah lagu bagi kempen tersebut.

"Saya sangat gembira mendengar berita tentang laporan itu. Saya telah berusaha keras dalam menjalankan kempen ini dan berjaya membuahkan hasil.

"Kini misi saya adalah untuk meningkatkan lagi perkembangan laporan itu sebanyak 50 peratus!," ujarnya dengan penuh rasa teruja.

Para peminat turut menjadikannya sebagai inspirasi memandangkan dia sering dilihat pergi melancong dan bercuti ke pelbagai destinasi menarik.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Bollywood Hungama
Sumber foto: Zee News



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.