CLOSE
CLOSE AD

Shah Rukh Khan Masih Berehat dari Berlakon Filem

  • 24 Jun 2019
Shah-Rukh-Khan-Masih-Berehat-dari-Berlakon-Filem

Bintang Bollywood Shah Rukh Khan mendedahkan bahawa dia masih belum menandatangani sebarang projek filem terbaru buat masa ini.

Menurut laporan dari MumbaiMirror, Khan mengalami kekecewaan kerana filem "Zero" yang ditayangkan tahun lalu kurang mendapat sambutan dan gagal mendapat kutipan pecah panggung.

Khan turut dilanda kontroversi apabila dia didakwa menyalahkan pengarah Aanand L Rai atas kegagalan filem tersebut.

Akibat kecewa, dia telah menangguhkan semua projek filem terbaru termasuk filem ketiga bersiri terkenal iaitu "Don" dan sebuah biopik arahan Rakesh Sharma.

"Kebiasaannya apa yang berlaku adalah selepas sebuah filem hampir tamat menjalani penggambaran, saya akan meneruskan kerja untuk filem lain selama tiga ke empat bulan.

"Tetapi pada kali ini saya tidak rasa untuk berbuat demikian. Hati saya seolah tidak membenarkan saya untuk melakukannya. Jadi saya ingin berehat buat sementara," ujar bintang filem "Zero" itu.

Tambahnya lagi, masa yang diambil itu akan digunakan untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta menonton filem dan membaca buku.

Anak-anaknya juga kini sedang melanjutkan pelajaran tinggi, di mana anak perempuannya bakal ke kolej dan anak lelakinya bakal menamatkan pelajaran tidak lama lagi.

Walaupun sedang berehat dari berlakon filem, Shah Rukh Khan masih sibuk meneruskan produksi bagi sebuah siri web berjudul "Bard of Blood" yang ditayangkan di sebuah portal penstriman dalam talian.

Baru-baru ini juga dia telah membuat pengumuman bahawa dia bersama anaknya, Aryan Khan bakal mengalih suara karakter Mufasa dan Simba bagi filem 'live action' Disney terbaru "The Lion King" dalam versi Hindi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: TED.com



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.