CLOSE
CLOSE AD

5 Filem Bollywood Adaptasi Kisah Benar 2019

  • 24 Jun 2019
5-Filem-Bollywood-Adaptasi-Kisah-Benar-2019

"Kesari"

Filem "Kesari" merupakan filem aksi perang yang berkisar mengenai peristiwa Peperangan Saragarhi iaitu pertempuran di antara 21 orang tentera Sikh ke-36 dari Tentera British India dan 6,000 hingga 10,000 orang Afridi serta suku kaum Orakzai Pashtun pada tahun 1897.

Peperangan itu berlaku di bahagian utara Pakistan dan Afghanistan. Ia juga dikenali sebagai salah satu pertempuran paling berani yang tercatat dalam sejarah peperangan India. Pada waktu itu, Empayar British telah menjajah hampir keseluruhan tanah India.

Warna Kesari atau Saffron melambangkan keberanian dan maruah tentera Sikh yang berjuang hingga ke hujung nyawa. Ishar Singh, seorang pahlawan hebat, sering berdepan konflik dengan perintah yang diberikan oleh pegawai-pegawai British.

Akshay Kumar yang merupakan peneraju filem itu tampil dengan imej berbeza dan mengakui tidak mempunyai kesukaran melakonkan watak Ishar Singh. Parineeti Chopra pula diangkat sebagai peneraju wanita utama dengan memainkan watak Jeevani Kaur.

Filem itu diterbitkan oleh Anurag Singh dan diarahkan oleh Karan Johar di bawah syarikat produksi Dharma Productions, Cape of Good Films, Azure Entertainment dan Zee Studios.

Tarikh tayangan: 21 Mac 2019

"India's Most Wanted"

Filem aksi thriller ini diarahkan oleh Raj Kumar Gupta. Ia diinspirasikan dari kisah benar dimana lima orang pegawai polis bekerjasama dalam misi rahsia untuk memberkas seorang pengganas bahaya, dikenali sebagai Osama bin Laden India, tanpa menggunakan sebarang senjata.

Lelaki bernama Yasin Bhatkal itu didakwa sebagai pengganas yang bertanggungjawab atas 52 letupan antara tahun 2007 dan 2013, membunuh 433 orang dan mencederakan 810 orang lain. Tragedi berkenaan berlaku berdekataan sempadan India-Nepal pada Ogos 2013.

Barisan pelakon filem "India's Most Wanted" ini termasuk Arjun Kapoor sebagai peneraju utama, Sudev Nair, Rajesh Sharma, Prasanth Alexander, Gaurav Mishra, Aasif Khan, Santilal Mukherjee, Bajrangbali Singh dan Pravin Singh Sisodia.

Tarikh tayangan: 24 Mei 2019

"Article 15"

Filem arahan Anubhav Sinha itu mengetengahkan undang-undang dari Artikel 15 diambil dari Konstitusi India yang melarang diskriminasi terhadap agama, bangsa, kasta Hindu, jantina atau tempat kelahiran.

Selain itu, filem tersebut turut menonjolkan pandangan serong terhadap golongan kelas bawahan serta jenayah rogol dianggap sebagai alat penindasan.

Ia berkisar mengenai Ayan Ranjan, seorang anggota polis IPS yang dibesarkan di Eropah. Pada hari pertama kerja di sebuah tehsil di India, kehidupannya berubah selepas terlihat jenayah negeri melibatkan tiga orang gadis Dalit.

Konflik timbul apabila Ayan sedar akan cara sistem tradisional menyelesaikan kes tersebut tetapi jika dia masuk campur, ia akan menjadi musibah. Salah seorang daripada tiga gadis itu masih hilang, dan Ayan perlu memilih antara melepas tangan atau bertindak dengan betul dan melawan sistem kasta India.

Di samping Ayushmann Khurrana, barisan pelakon filem arahan Anubhav Sinha ini ialah Isha Talwar, Manoj Pahwa, Sayani Gupta, Kumud Mishra, Nasser, Ashish Verma, Sushil Pandey, Subrajyoti Bharat dan Zeeshan Ayyub.

Tarikh tayangan: 28 Jun 2019

"Super 30"

"Super 30" mengangkat kisah hidup seorang pakar matematik India, Anand Kumar yang dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Bihar. Beliau menubuhkan kelas pembelajaran IIT-JEE untuk pelajar kurang berkemampuan.

Projek tersebut telah membantu ramai kanak-kanak untuk mencapai cita-cita serta membantu mereka untuk melepaskan diri dari kemiskinan. Ia juga sebagai persediaan pelajar bagi menduduki peperiksaan Institut Teknologi India (IIT).

Anand menubuhkan program Super 30 pada 2003 selepas seorang pelajar miskin di kelas IIT-JEE tidak mampu untuk membayar yuran kemasukan tahunan.

Tahun demi tahun, kejayaan Anand semakin terserlah apabila bilangan pelajar yang layak diterima di IIT semakin bertambah. Program Super 30 juga menyebabkan namanya semakin dikenali ramai.

Filem biopik arahan Vikas Bahl ini diterajui oleh Hrithik Roshan serta Virendra Saxena, Mrunal Thakur, Nandish Singh, Pankaj Tripathi dan Johnny Lever sebagai pelakon sampingan.

Tarikh tayangan: 12 Julai 2019

"Mission Mangal"

Filem ini diinspirasikan dari kisah benar mengenai sebuah misi mengorbit planet Marikh paling murah. Percubaan pertama Pelancaran Misi Orbit Marikh (MOM) itu telah berjaya dilakukan oleh para saintis dari Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) pada 5 November 2013.

Misi tersebut merupakan ekspidisi angkasa lepas pertama negara India. Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Narendra Modi dari ISRO. Negara Eropah, Amerika Syarikat dan Rusia telah berjaya mengorbit atau mendarat di planet itu, tetapi selepas beberapa percubaan.

"Mission Mangal" menandakan filem angkasa lepas pertama India yang diterajui oleh Akshay Kumar. Diarahkan oleh Jagan Shakti, ia turut menampilkan Kriti Kulhari, Taapsee Pannu, Sonakshi Sinha, Vidya Balan, Sharman Joshi dan Nithya Menon.

Tarikh tayangan: 15 Ogos 2019


Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.