CLOSE
CLOSE AD

Ayushmann Khurrana tegaskan "Article 15" bukan anti-Brahmin

  • 21 Jun 2019
  • Tags:
Ayushmann-Khurrana-tegaskan-Article-15-bukan-anti-Brahmin

Peneraju utama "Article 15" Ayushmann Khurrana menggesa supaya orang ramai tidak membuat andaian sendiri apabila menonton filem tersebut.

Menurut laporan yang dipetik dari IndiaToday, Ayushmann berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana komuniti.

Filem tersebut adalah berdasarkan beberapa kisah benar yang berlaku di Uttar Pradesh termasuk tentang kes rogol dan pembunuhan gadis Brahmin kasta bawahan.

Gara-gara babak berkenaan ditonjol dalam treler filem, penduduk Uttar Pradesh berkata gambaran tersebut akan membuatkan orang luar menimbulkan fitnah tentang komuniti Brahmin.

"Saya sedar banyak kontroversi telah berlaku mengenai "Article 15". Saya ingin mengajak semua pihak yang membuat protes dan mengatakan filem itu anti-Brahmin, sila pergi menontonnya.

"Filem kami sama sekali tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak berniat untuk memberi pandangan buruk kepada mana-mana komuniti.

"Ia juga telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem mengikut garis panduan mereka sendiri," jelas Ayushmann dalam sebuah pernyataan.

Diarahkan oleh Anubhav Sinha, filem yang akan ditayangkan pada 28 Jun itu menggambarkan perbezaan kasta yang berleluasa di kawasan tersebut.

Filem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Isha Talwar, Sayani Gupta, Kumud Mishra, M Nassar, Ashish Verma, Sushil Pandey, Shubrajyoti Bharat, Ronjini Chakraborty dan Zeeshan Ayyub.

(Sumber artikel: India Today)
(Sumber foto: Man's World India)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".